PENGUMUMAN - ANNOUNCEMENT !!!

Salam....

TO ALL DEAREST CUST N FWENS....

AKC terpaksa menangguhkan sebentar dari mengambil sebarang tempahan untuk custom-made kerana mahu menyelesaikan beberapa perkara. InsyaAllah jika AKC dah bersedia untuk mengambil tempahan akan AKC hebahkan.

SEBARANG PERTANYAAN BOLEH HUBUNGI AKC MELALUI E-MAIL :


tanya.akc@gmail.com


Awok's Kiter

Sunday, October 30, 2011

Riben Polkadot

Assalamualaikum...

Minggu lepas, sempatla AKC mengerjakan riben2 polkadot ni di ruang tamu sambil2 melayan anak2 dan menonton TV. Tujuan AKC buat sesi potong memotong riben ni adalah untuk tambah stok dalam AKC-Shoppe. Nanti boleh la kawan2 jenguk2 ye tak? :)

Ni gambar dah siap potong2 semua... AKC jual dalam saiz kecil je... Panjang setiap satu adalah 25cm. Harganya pulak AKC jual RM0.40 / pc....

Dan ini adalah antara warna2 yang ada... Boleh la kawan2 pilih :)

Lain2 barang akan dimasukkan kemudian sbb tak sempat nak upload lagi... Fiber pon ada dan AKC jual RM3.00/100g... Saper2 yang nak boleh la kontek AKC :)


Sebarang pertanyaan, e-mail ke: ------ tanya.akc@gmail.com www.tips-fb.com

TUTORIAL : FELT FLOWER 1

Assalamualaikum...

Alhamdulillah akhirnya berjaya juga AKC buat tutorial di blog ni. Sebelum ni AKC pernah janji dalam n3 Luna Felt Flower nak buat tutorial... Sekarang baru berkesempatan nak buatkan... Di harap kawan2 mudah faham apa yg AKC tunjukkan kat bawah yer :)


1. Sediakan bahan2 yang diperlukan untuk buat bunga felt, iaitu :
a. Felt
[ seeloknya gunakan felt jenis lembut seperti arcrylic felt/wool felt sebab lagi cantik pembentukan kelopak bunga tu... tak nampak keras ]
b. Patern
[disediakan di bawah n3 ini]
c. Mushroom button
d. pin brooch/material lain [dlm gambar utk buat brooch]
e. gunting
f. glue gun


2. Ambil patern kemudian tekapkan pada felt dan gunting. Sediakan 4 hingga 6 kelopak (bergantung kepada anda-dlm tutorial ni hanya sediakan 4 sahaja)


3. Letakkan sedikit gam di tengah2 kelopak.


4. Lipatkan kelopak tadi menjadi seperti yang tertera dalam gambar... 1 bahagian ada 3 lengkung, 1 bahagian lagi ada 2 lengkung. Ulang untuk setiap kelopak.




5. Gabungkan kelopak dengan menggunakan teknik tindihan bersilang.


6. Gam kan di tengah-tengah.


7. Pastikan bunga anda tercantum seperti di atas. (pandangan bahagian bawah)


8. Pusingkan bunga tadi (pandangan atas - bahagian 2 lengkung ke atas)


9. Letakkan sedikit gam dan lekatkan butang di tengah-tengah.


10. Akhir sekali lekatkan pin brooch di bahagian belakang bunga. Dah siap DIY brooch anda :)

Selain dari menggunakan pin brooch (1), anda juga boleh menggunakan material lain seperti Alligator Clip (2) dan snap clip (3). Manakala hiasan butang anda juga boleh mempelbagaikan jenis butang seperti dalam gambar ikut kreativiti anda.


Anak AKC a.k.a model tak berbayar bersama hair clipnya.... :) Comel tak?

Pada kawan-kawan yang masih tak ada patern untuk buat bunga ni jangan risau... Kat bawah ni ada AKC sediakan template bunga dalam 2 saiz untuk kawan2 mencuba...

Kalau kawan-kawan dah mencuba template ni jangan lupa link kan AKC yer. Nak tengok hasil dari kawan-kawan pulak... :)

SELAMAT MENCUBA !!!

Sebarang pertanyaan, e-mail ke: ------- tanya.akc@gmail.com www.tips-fb.com

Monday, October 24, 2011

Barang masuk kedai

Assalamualaikum...

Lagi barang masuk kedai.... Sesiapa yang berminat boleh la ke AKC-Shoppe ya...

1. Felt :


Plain felt jenis polyster dan lembut


Printed felt jenis polyster lembut


2. Hp Strap hitam with lobster



3. Frame kecik (Pre-order)


Untuk lebih lanjut boleh jenguk2 kat kedai ye :)

Sebarang pertanyaan, e-mail ke : --- tanya.akc@gmail.com www.tips-fb.com

Felt Long Wallet again for Kak Iswaziah

Assalamualaikum...

Pandangan depan

Cantik tak kawan2? Ni sambungan dari n3 sebelum ni SINI. Kan dalam n3 tu saya ada bagitahu yang wallet untuk diri sendiri tu sebenarnya acu cuba try test sebelum buat untuk customer... Jadi, setelah meng'eksperimen'kan wallet tu ada sedikit pengubahsuaian ke atas wallet yang di buat khas untuk kak Iswaziah ni....

Pandangan belakang

Untuk pengetahuan semua, Kak Iswaziah ni kawan kepada Incik Hubby masa sekolah dulu... :) Warna-warna adalah pilihan beliau sendiri, design pulak dari AKC...

Pandangan luar

Simple jugak, tak mewah dengan hiasan butang dan riben... Harap-harap Kak Is suka dan puas hati....

Pandangan dalam

Lain tak dengan design yang sebelum ni? SINI --- Ada penambahan ruangan kad di situ... serta kedudukan zip juga lain dari yang sebelum ni... Sebenarnya ruangan petak atas tu saya letak plastik lutsinar...Supaya mudah nak jeling-jeling gambar sang chinta hati... Eh, bukan ke kebiasaannya kamu-kamu letak gambar pakwe/makwe/suami/isteri/anak---huhu AKC la tu--- selain dari kad pengenalan? Hahaha...kan?

Closed up sikit

Jadi, macamana? Yang mana satu yang anda pilih? Hehe... Sila abaikan jariku yang interframe sekali tu ye :)

** 100% buatan tangan & jahitan tangan.... **

***Kalau suka sila la tekan LIKE kat bawah yer... TQ :)

Sebarang pertanyaan, e-mail ke : ---------- tanya.akc@gmail.com www.tips-fb.com

Friday, October 21, 2011

Felt Car Charm Love+Words

Assalamualaikum...

Kawan2 ada masalah tak nak buka blog AKC ni? Huhu rasa sedih sangat-sangat sebab ada kawan2 bagitahu yang blog AKC tak boleh buka sebab ada MALWARE... AKC buka dan ada sesetengahnya pulak ok je buka... Huhu pening dah ni tak tahu nak buat macam mana.... Kalau ada kawan-kawan yang masih alami masalah tak boleh buka tu bagitahu ya... Sama ada kat FB Awok's Kiter Craft atau e-mail je.... Sedih :( AKC ni rabun sikit bab -bab IT ~huhu

Berbalik kepada tajuk, AKC nak update order cust ni... Ain namanya... Dia nak car charm macam yang sebelum ni AKC buat. Boleh tengok kat SINI dan SINI. Cuma nak buat sedikit kelainan sebab nak letak words dekat setiap Love tu... Jadi setelah berfikir+draft designnya, maka seperti di bawahla hasilnya....

Huruf2 tu dijahit satu2 tau dan di isi dengan fiber bagi kembung... Manakala love pulak dijahit biasa sahaja, tak diisi fiber... Supaya menampakkan imej huruf tu timbul... :)

Dan semestinya setiap love dihias dengan hiasan yang berbeza... motif JAHITAN+RIBEN/RENDA+BUTANG :)

Terima kasih AIN sudi tempah dengan AKC....

Sebarang pertanyaan, e-mail ke : ---------------- tanya.akc@gmail.com www.tips-fb.com

Wednesday, October 19, 2011

Felt Long Wallet - Produk baru !

Assalamualaikum...

Alhamdulillah AKC berjaya keluarkan produk baru lagi iaitu Beg duit panjang / Long Wallet. Kalau sebelum ni AKC pernah buat yang jenis pendek - boleh rujuk SINI dan SINI - sekarang AKC buat yang jenis panjang pula :)


Pandangan hadapan

Pandangan belakang

Sebenarnya wallet ni permintaan dari customer AKC, cuma AKC macam tak berapa yakin je dengan design dan nak membuatnya... Jadi sebelum buat untuk customer AKC acu cuba try test dulu buat untuk diri sendiri... hehehe.... Boleh pulak macam tu kan?


Design keseluruhan-pandangan luar

AKC pilih kaler turqoise yer bukan biru sebab nampak dalam gambar macam biru kan... Sebenarnya TURQOISE... Guna warna tu sebab felt warna tu ada banyak dlm simpanan hehe... Hiasan corak pulak simple je... Tak berapa suka hiasan yang sarat-sarat... Almaklumla bila usia beranjak ke akhir 20-an ni hiasan sarat-sarat nampak tak sesuai pulak...


Pandangan bahagian dalam

Ada 4 poket untuk kad, 3 poket untuk duit kertas atau resit, dan 1 poket berzip. Untuk pengetahuan korang, wallet ni 100% buatan + jahitan tangan. Tanpa bantuan mesin jahit... Memang terasa juga la penat nak menyiapkan dia 1 sebab paling tebal AKC kena jahit adalah sebanyak 8-9 lapisan felt. Huhu sampai merah-merah tangan, sakit-sakit jari cucuk jarum kat felt yang tebal tu...

Sebenarnya design wallet ni diinspirasikan dari wallet AKC masa zaman bujang dulu... hehehe... Dah uzur dah wallet yg berjasa ni...



Wallet ni kalau tak silap harganya RM29.90 kot dekat kedai 'Milk Teddy' ke 'Lovely Lace' ntah... Dah lupa... Beli dekat Johor... Beli dua, satu untuk diri sendiri satu untuk best friend NAN... Warna yg kontra dari yang ni... Hopefully NAN simpan lagi wallet tu even baru je dapat 1st baby baru ni :) TAHNIAH Nan & 'Sapenie' hehehe

Jadi, apa pendapat kawan-kawan? Ok tak?

Sebarang pertanyaan, e-mail ke: -------------- tanya.akc@gmail.com
www.tips-fb.com

Monday, October 17, 2011

Barang baru masuk kedai

Assalamualaikum...

Nak update sikit barang baru masuk kedai... Antaranya :

1. Sticker / Pelekat Handle With Care

Ada dalam 2 saiz... Sesuai untuk tujuan pengeposan... AKC pon guna ni untuk tampal pada parcel customer :)

2. Love Buttons / Butang Love



3. Jumbo Paper Clip / Klip Kertas Besar

Sesuai untuk buat bookmark comel :)


Jadi kepada sesiapa yang berminat boleh la jenguk-jenguk di AKC-Shoppe untuk detail ya.... Pilih-pilih dulu, dah pilih boleh la e-mail ke orderakc@gmail.com TQ :)

Sebarang pertanyaan, e-mail ke: ---------------- tanya.akc@gmail.com www.tips-fb.com

Sunday, October 16, 2011

Felt Mortarboard Keychain

Assalamualaikum...

Hehe saja je saya nak kongsi hasil terbaru dari AKC... Oh, bukan Flower Brooch tu tapi keychain mortarboard atau topi ijazah tu.... Sebenarnya ni (flower brooch dan keychain) adalah hadiah utk anak jiran sebelah rumah... Dia nak konvo minggu depan rasanya di UITM Shah Alam... Keychain ni 3D... Nak membuatnya pon sekejap je... Size topi dalam 4.5cm x 4.5cm x 2.5cm.... Siap ada juntai-juntai lagi hehe....

** Kepada kakak, kalau terbaca n3 ni.... SELAMAT BERKONVO.... TAHNIAH dari AKC dan juga anak-anak ( Haiqal n Amni )...

Sebarang pertanyaan, e-mail ke:tanya.akc@gmail.com www.tips-fb.com

Kerjatangan AKC di review !

Assalamualaikum...

Alhamdulillah, handmade AKC telah di-review oleh seorang kenalan crafter dan juga saudara di Rightbrain Thinkers Group... :) Terima kasih bebanyak Intan sebab sudi review kat bog Intan....

Cerita lanjut di SINI


Sesiapa yang nak menjenguk blog Intan bolehla klik dekat link di atas... Dan di bawah ni pulak antara produk-produk dari Intanz Handmade Shop.




**Terima kasih banyak-banyak yer Intan :)


Sebarang pertanyaan, e-mail ke: --------------- tanya.akc@gmail.com www.tips-fb.com

Sunday, October 9, 2011

Yeay, dapat AWARD !!!



Assalamualaikum...

Alhamdulillah, setelah hampir 2tahun serius berblog+berbisnes on9 akhirnya Awok's Kiter Craft dapat award dari seorang kenalan blogger merangkap crafter juga [ EZLOVEYCRAFT ]... Kalau sebelum ni bila blog-walking dan terlihat kwn2 blogger yg dapat award terasa 'jeles' di hati dan terpikir 'bila la aku nak dapat award macam diorang jugak?' dan akhirnya pada 26 Julai 2011, dapat jugak award title STYLISH BLOGGER : erk, stylish ker? ~ punyala lama Ezy dah bagi award baru nak update -.- ~


Ezy nipon crafter jugak... Crafter yang berbakat dan selalu ada idea2 baru... Kalau nak melawat blog Ezy dan tengok hasil kerjatangan Ezy boleh klik jer dekat gambar di atas atau di link yg diberikan...

Buat Ezy, terima kasih banyak2 sebab sudi bagi anugerah ni kat akak... InsyaAllah akak simpan elok2 yer :)

Dan semestinya tugas AKC pulak nak memberi anugerah ni kat kawan2 lain antaranya yang sempat AKC tag hari ni ialah seperti link2 dibawah :-

http://ezloveycraft.blogspot.com/
http://amayakazukindependentart.blogspot.com/
http://hanielovecraft.blogspot.com/
http://ilhamadilah.blogspot.com/
http://bcfeltcraft.blogspot.com/
http://asma-felt-box.blogspot.com/

Sebenarnya ramai lagi yg AKC nak anugerahkan cuma masa xmengizinkan untuk AKC publish satu2. InsyaAllah ada masa terluang AKC akan bagi lagi award kat kawan2 lain...

**Semenjak dua menjak ni kesihatan anak2 xberapa memuaskan. Demam diorang asyik on and off jer... Sangat2 risau dan AKC sendiri baru je baik dari migrain sampai kena cucuk kat Pu****ng. Adeh... Dalam2 keadaan macam ni pon AKC cuba jgk siapkan tempahan. ALhamdulillah hasilnya memuaskan dan ada beberapa produk terbaru dari AKC. Cuma xdapat nak update lagi... :(


Sebarang pertanyaan, e-mail ke : tanya.akc@gmail.com www.tips-fb.com
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Borang Pesanan / Order Form

Name:
Address / Alamat
Phone No. / No. Tel
Email Address:
Tempahan anda
Pilihan Bank Untuk Pembayaran MAYBANK
BANK RAKYAT
Cash On Delivery - COD
Kaedah Kiriman
Terma dan Syarat Ya, saya baca serta faham akan segala terma dan syarat yang telah ditetapkan.
**Untuk Terma dan Syarat klik SINI. Terima Kasih.

Click here to put a form like this on your site.

NetworkedBlogs