PENGUMUMAN - ANNOUNCEMENT !!!

Salam....

TO ALL DEAREST CUST N FWENS....

AKC terpaksa menangguhkan sebentar dari mengambil sebarang tempahan untuk custom-made kerana mahu menyelesaikan beberapa perkara. InsyaAllah jika AKC dah bersedia untuk mengambil tempahan akan AKC hebahkan.

SEBARANG PERTANYAAN BOLEH HUBUNGI AKC MELALUI E-MAIL :


tanya.akc@gmail.com


Awok's Kiter

Tuesday, November 29, 2011

Felt Bookcover+2012 Planner For Sale

Assalamualaikum...

Sempena tahun 2012 yang bakal menjelma xlama je lagi, AKC nak jual felt bookcover readymade ni berserta 2012 Planner kepada anda2 yang berminat... Bagi sesiapa yang berminat boleh letak nama anda atau kalau nak bagi hadiah kat somebody boleh letak nama orang tersebut secara percuma tapi terhad kepada 5 huruf sahaja.... Bila ada nama ni nampak special sikit kan? :)


Harga yang di tawarkan adalah :
RM 35.00
(felt bookcover+planner+poslaju)

Berbaloi kan? Hehe ni kan handmade... 100% Jahitan tangan...


Ni bahagian dalam felt bookcover...


Bahagian dalam planner... Memang sesuai untuk mereka2 yang suka merancang dan sukakan handmade :)


Ada bahagian untuk notes...


Bahagian belakang...
100% handstitch tau....


Ketebalan buku....


InsyaAllah boleh digunakan untuk buku lain juga... Sebab AKC dah test untuk beberapa buku nota yang berketebalan biasa, alhamdulillah boleh masuk :)

Kalau ada sesiapa yang berminat bolehla hubungi AKC di fb Awok's Kiter Craft.
Ni kalau nak berhubung secara cepat dan pantas... :)


Nak melalui e-mail pon boleh ----- orderakc@gmail.com

Cepat2 hubungi AKC yer sebab hanya ada 1 je buat masa sekarang.... Siapa cepat dia dapat yea :)

**Untuk lihat status sila rujuk kat AKC-Shoppe.


Sebarang pertanyaan, e-mail ke: ---------------- tanya.akc@gmail.com
www.tips-fb.com

Sunday, November 27, 2011

Tema Rama-rama :)

Assalamualaikum...

Hasil tempahan Syafiqah, kawan kepada Aina lagi. Ni semua yang kakak Syafiqah bernama Syahida... Tema yang dipinta adalah rama-rama. Nak pakai cepat sebab Syahida ni nak berangkat ke Mesir pada 1hb November baru-baru ni... Domokun tu yang readymade hari tu..

Antara barang-barang yang ditempah oleh Syahida ni ialah :

Felt External Hard Disc Case.
Material = polyster felt utk kotaknya dan arcrylic felt utk hiasan bunga dan rama2.

Memang rumit buat bentuk 3D ni tambah2 pulak AKC buat double felt. Huhu...


Felt Passport Cover
Warna dan tema permintaan Syahida :)


Felt Hp Strap Butterfly.

Memang Syahida ni peminat rama-rama kan... Semua tema rama-rama... Rama-rama ni pulak AKC lukis dan design sendiri. Memang amik masa jugak la nak design nak bagi simetri... Tapi alhamdulillah, jadi jugak akhirnya Rama-Rama AKC....


Last but not least. Felt Butterfly Brooch.

Nampak tak ada kelainan sikit untuk design brooch berbanding hp charm tadi? Brooch AKC xnak letak mata-mata... Yer la nanti kang takut pulak org tengok mata brooch rama2 bergerak2 hehe

Terima kasih sudi tempah dengan AKC walaupun AKC xsempat nak bagi byhand kat Syafiqa/Syahida... Harapnya kamu puas hati dan sudi tempah lagi dengan AKC... :)



Sebarang pertanyaan, e-mail ke:------ tanya.akc@gmail.com www.tips-fb.com

Felt Names-Keychain, Hp Strap, Tag-

Assalamualaikum...

3rd batch order dari sepupu hubby, Aina... Promoter di SMK Nasiruddin Shah, Besut... Hehe... Alhamdulillah...dah 3rd batch... Tu pon ada lagi yang nak menempah, tapi disebabkan dah nak cuti sekolah Aina stop dulu dari ambil tempahan...

[1st Batch order klik SINI]
*2nd Batch tak sempat nak snap gambar :)

Kat bawah ni antara yang direquest oleh kawan2 Aina. Warna juga request dari diorg. :)


Felt Name Keychain


Felt Name Hp Charm


Felt Name Tag


Terima kasih kerana shopping dengan Awok's Kiter Craft (^^)V


Sebarang pertanyaan, e-mail ke: ------------ tanya.akc@gmail.com
www.tips-fb.com

Friday, November 25, 2011

Felt Flower Brooch & Hp Charm - Afiqa

Assalamualaikum...

Felt flower brooch [ TUTORIAL ] yang ditempah oleh sepupu hubby.


Bunga-bunga kat atas ni diperbuat daripada 3 jenis felt yang berbeza dan jenis-jenisnya seperti tertera pada gambar... Bagi pendapat AKC, yang paling sesuai untuk digunakan buat bunga ialah felt jenis Arcrylic... Sebab memang cantik terbentuk... Kalau guna felt jenis polyster nampak mcm kaku je bunganya dan rasanya hanya sesuai untuk buat kraf lain2 macam keychain, dompet kraf2 lain yang AKC pernah buat...

[ Felt untuk di jual di SINI ]

Bunga kat atas ni pulak diperbuat dari felt jenis polyster sebab warna2 yang di pilih adalah dari kod warna polyster felt. Buat masa sekarang, stok untuk arcrylic felt hanya ada untuk kegunaan sendiri jer...


Afiqa @ Angah pon order 2 hp charm yang simple untuk diletakkan kat hp dan pendrivenya...

Buat Angah, thanx a lot sudi order dengan Kak Win... Hehe, dah jadi promoter untuk produk AKC ni... TQ TQ TQ :D

**Jangan lupa singgah AKC-Shoppe (",)v

Sebarang pertanyaan, e-mail ke: ------------------ tanya.akc@gmail.com www.tips-fb.com

Wednesday, November 23, 2011

Zipper Pencilcase and Doughnut'skeychain

Assalamualaikum...

Alhamdulillah, walaupun AKC dan keluarga di uji olehNYA dalam pada masa yang sama, sempat juga AKC siapkan beberapa tempahan dan buat 'readymade item'. Sambil2 jaga anak2 yang demam di malam hari, AKC isi masa dengan tak nak bagi mengantuk dengan menjahit... Alhamdulillah kat bawah ni ada dua barang yang dah siap sedia untuk dijual... Kalau ada sapa2 yang berminat bolehla bagitahu AKC... Barang2 ni AKC akan masuk kat AKC-Shoppe... Untuk detail boleh rujuk di AKC-Shoppe :) TQ...

1. Zipper Pencilcase Orange+Brown

Dah lama tak buat pencilcase ni... AKC namakan ZPC shortform untuk Zipper Pencil Case... Masa mula2 buat blog dan buat bisnes, ni la antara produk pertama AKC [ klik SINI untuk n3 terdahulu ]... Alhamdulillah masa tu sambutan amat menggalakkan. Ni semua jahit tangan guna jahitan jenis insang pari...

2. Keychain Donut
Tengok boleh, makan jangan... Hehehe... Sempat buat satu je...

So, jangan lupa jenguk AKC-Shoppe ya kawan2 :)



Sebarang pertanyaan, e-mail ke: ------------------ tanya.akc@gmail.com www.tips-fb.com

Barang masuk kedai 3

Assalamualaikum...

Ada yang rindu AKC tak? Seminggu lebih tak on9 kat blog dan facebook, macam2 perkara berlaku.. Dengan urusan nikah kawin adik ipar, kemudian anak tetiba diserang demam dan terpaksa dimasukkan ke wad pada hari majlis menyambut menantu adik ipar, terpaksa tolak beberapa rezeki yang datang kerana komitmen lebih pada anak, penginanpan berbayar 3 hari 2 malam di Hospital Jertih, Besut... Fuhh... Dugaan... Tu baru sikit yang diberiNYA... Tapi alhamdulillah anak2 dah ok, dan kami sekeluarga selamat menempuh dugaan tersebut... Jadi, nak gantikan balik momentum yg terkurang seminggu yang lalu, AKC masukkan beberapa barang baru ke AKC-Shoppe. Sila2 la menjamu mata yer :)

Antara barang2 baru masuk kali ni ialah :

1. Gunting benang
**Sangat2 tajam dan disertakan dengan penutupnya. Jadi ianya selamat bagi mereka2 yang ada anak di rumah macam AKC :)

2. Fiber
**Ni la yang AKC guna untuk sumbat dalam keychain2 atau plushie yang AKC buat.

3. Jarum Jahit (mini pack)



4. Sewing kit
**Kit menjahit bagi beginner... InsyaAllah semua bahan2 asas ada dalam kit ni :)

Semua ni boleh didapati di AKC-Shoppe atau klik je link2 kat atas untuk lebih lanjut :) Siapa2 yang berminat boleh la e-mail AKC yer :)


Sebarang pertanyaan, e-mail ke: --------------- tanya.akc@gmail.com www.tips-fb.com

Sunday, November 6, 2011

GIVEAWAY PRS SERINDU

Assalamualaikum...

Cuma nak update dengan kawan2 yang AKC ada bekerjasama dengan kumpulan Pembimbing Rakan Sebaya Seri Dungun (PRS Serindu) mengadakan giveaway yang mudah di fan page mereka... Syarat2nya mudah sahaja seperti di bawah :

**Kopi Pasta dari pic description mereka**

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat kawan-kawan... Di sini Pembimbing Rakan Sebaya Serindu sukacita menganjurkan 'GIVEAWAY' berupa 1 hp pouch yang bernilai RM 15.00 tajaan Awok's Kiter Craft.

Syarat2 penyertaan teramatlah mudah, hanya dengan :

Langkah 1 :- klik LIKE page PRS Serindu
http://www.facebook.com/pages/Pembimbing-Rakan-Sebaya-Serindu/270981556273235

Langkah 2 :- klik LIKE pada gambar Giveaway dan kongsikan di wall anda.
http://www.facebook.com/photo.php?fbid=274001915971199&set=a.274001815971209.62546.270981556273235&type=3&theater

Langkah 3 :- klik LIKE page Awok's Kiter Craft
http://www.facebook.com/AwoksKiterCraft.fanpage

Jika anda telah melakukan ketiga-tiga langkah, anda sememangnya layak untuk memiliki hadiah di atas...

Pemenang bertuah akan dipilih berdasarkan cabutan undi. Keputusan adalah muktamad.

Tarikh tutup penyertaan : 9hb November 2011

Selamat mencuba :)


***********************************************************************

Jadi sesiapa yang berminat nak menyertai bolehla on9 FB anda dan klik LIKE ye :)


Sebarang pertanyaan, e-mail ke : ---------------- tanya.akc@gmail.com www.tips-fb.com
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Borang Pesanan / Order Form

Name:
Address / Alamat
Phone No. / No. Tel
Email Address:
Tempahan anda
Pilihan Bank Untuk Pembayaran MAYBANK
BANK RAKYAT
Cash On Delivery - COD
Kaedah Kiriman
Terma dan Syarat Ya, saya baca serta faham akan segala terma dan syarat yang telah ditetapkan.
**Untuk Terma dan Syarat klik SINI. Terima Kasih.

Click here to put a form like this on your site.

NetworkedBlogs