PENGUMUMAN - ANNOUNCEMENT !!!

Salam....

TO ALL DEAREST CUST N FWENS....

AKC terpaksa menangguhkan sebentar dari mengambil sebarang tempahan untuk custom-made kerana mahu menyelesaikan beberapa perkara. InsyaAllah jika AKC dah bersedia untuk mengambil tempahan akan AKC hebahkan.

SEBARANG PERTANYAAN BOLEH HUBUNGI AKC MELALUI E-MAIL :


tanya.akc@gmail.com


Awok's Kiter

Tuesday, January 24, 2012

Printed and Texture Felt From USA + Plain Felt Update

Salam & Hi.....

Nak inform kawan2 yang berminat nak beli Printed & Texture Felt dari USA ni... Semua felt di bawah dah masuk kedai tapi stoknya terhad 1pc utk setiap design... Harga & saiz boleh refer kat AKC-Shoppe OK :)


Untuk Plain Felt plak, AKC dah buat code yang baru dan terkini tapi malangnya stok yang ada terhad... InsyaAllah AKC sedang berusaha untuk tambah stok yang ada... Harga dan saiz boleh refer kat AKC-Shoppe :)



Kalau suka, sila la klik LIKE yer... Terima kasih banyak2 :)
www.tips-fb.com

Saturday, January 21, 2012

Felt Pendrive Casing : Marvis + Demam

Salam & hi,


Felt pendrive casing yang di tempah oleh Marvis.... Masa ni buat dalam keadaan ok lagi sbb hanya terkena selsema. Sempatla berjaga siapkan yang ni. Esoknya dengan tetiba demam dan terpaksa gagahkan jugak diri ke pejabat POS untuk pos. Alhamdulillah, selamat poskan order Marvis ni sekali dengan yang Siti Mariam punya... Harap Marvis puas hati :)


Demam Panas

Dan2 je balik dari pejabat Pos kesihatan merudum... Malam tu kena demam panas sampai menggigil2 badan.... Makan ubat pon takat kurang sikit jer suhu... Dalam hati bersyukur sangat sempat siapkan order cust yang dah bayar... Tapi kesian kat anak2 la bila ibu sakit byk la kekurangan dari segi layanan... Tapi alhamdulillah, anak2 macam tau2 je ibu tak sihat... Tak banyak ragam pulak diorg. Yang Amni siap picitkan kepala lagi... :)

Macam ni la kan, kita hanya mampu merancang.... Tapi DIA yang menentukan... Tengah bersemangat nak buatkan order dan juga Swap Project Right Brain Thinker di datangkanNYA dugaan... Sakit ni penghapus dosa... Semoga dosa2 sy yang kerdil ni diampunkanNYA....

Mungkin ini sedikit info untuk kawan:

Daripada hadis Nafi’ bin Jubir,katanya Rasulullah s.a.w bersabda:
Apabila salah seorang drpd anda demam,sesungguhnya demam itu adalah sebahagian drpd api neraka, hendaklah memadamkannya dgn air sejuk.Hendaklah berendam dlm sungai yg mengalir, mengadap aliran air selepas solat subuh dan sebelum naik matahari dan hendaklah membaca Basmalah. Hendaklah berendam selama tiga kali selama 3 hari. Jika tak sembuh cubalah sebanyak 5x,7x atau 9x. Sesungguhnya ia tidak akan melebihi drpd 9x InsyaAllah..

Selanjutnya boleh ke link ni ---> HALAQAH.NET
*terima kasih utk adik ipar yang kongsi link ni...

Semoga memberi manfaat pada semua... Wallahualam.... :)


Kalau suka, sila la klik LIKE yer... Terima kasih banyak2 :)
www.tips-fb.com

Wednesday, January 18, 2012

Felt Craft : Siti Mariam

Salam n hi kawan2....

Sihat ke? Alhamdulillah... sihat ye... AKC xberapa sihat... Baru je nak baik dari demam... Bergilir2 plak dengan anak2. Elok2 dua beradik tu baik demam, ibunya plak yg sambung... terus cuti dari menjahit n layan cust hampir 2hari... Maaf sgt2 di atas segala kekurangan....

Alhamdulillah masa duk berjaga jagakan anak2 demam hari tu sempat la jugak siapkan order cust.... Yang kat atas ni la salah seorg yang dah siap... Tempahan dari Siti Mariam (what a beautiful name)....

Siti tempah wallet kecil warna ungu+hitam. Pastu ada nama dia SITI... Dan macam atas n bawah ni la hasilnya.... Dalam gambar ni warna tu totally lain dari warna asal... Dah xreti nak ejas lighting kuar warna tu jgk kat screen bila snap... huhu

Dalam wallet ni ada sedikit penambah baikan berbanding wallet jenis yg sama sebelum ni... Contohnya dibahagian zip. Zip nya dijahit secara menyorok skit berbanding wallet coklat sebelum ni... Pastu AKC tambahkan ruangan letak gambar/IC.... Harap2 SITI suka :)


Selain tu SITI juga ada tempah Name keychain... Warna2 direquest oleh Siti sendiri....

*p/s utk Siti : Akak dah pos... Harap2 sampai la sebelum CNY... Dan harap2 jugak Sis berpuas hati dengan hasilnya... Terima kasih sudi order dengan AKC dan sanggup tunggu giliran... Terima kasih banyak2.... Nanti ada pape jangan segan2 kontek akak yer :)


Kalau suka, sila la klik LIKE yer... Terima kasih banyak2 :)
www.tips-fb.com

Monday, January 16, 2012

Felt Wallet : ISWAIBAH

Salam....


Ni antara tempahan yang terbaru dah siap dan hantyar kepada customer. Felt Wallet request oleh Iswaibah... Iswaibah ni adik kepada Kak Iswaziah, yang juga pernah order felt wallet dengan AKC tu :) [ SINI ]


Nama empunya badan... Kecik comel jer tulisan ni. Huhu sakit jugak la mata nak menjahitnya.... Warna wallet ni memang Iswaibah request nak hijau lumut.... Nak cari warna yg betul2 mcm hijau lumut susah jadi AKC guna warna yang terdekat/paling hampir dengan warna lumut.... Cantik tak? Suka dengan kaler ni :)


Bahagian belakang wallet.... Semuanya di jahit tangan... Guna jahitan backstitch... Dlm bahasa Melayu jahitan KIA kalau xsilap.... hehe bukannya tahu sangat jenis2 jahitan ni sebenarnya.... :)


Pandangan luar... Macam ni la rupa wallet ni kalau dibuka.....


Bahagian dalamnya pulak :) Ada sedikit penambahbaikan disitu... berbanding wallet2 yang AKC dah buat sebelum ni....

Antaranya ialah bahagian Zip ni.... cara jahitannya dh AKC ubah.... Bagi nmpk lebih kemas :)

Harapnya selamat sampai kt tuan dia yang tengah exam tu.... Hehe nanti dah hbs exam bleh la rasmi wallet ni shopping kt mana2 kan.... All the best sis.... Thanx sudi tempah dengan AKC... Hopefully u'll love it....

Kalau suka, sila la klik LIKE yer... Terima kasih banyak2 :) www.tips-fb.com

Saturday, January 7, 2012

New Items in AKC Shoppe

Assalamualaikum....

Barang2 di bawah ni AKC akan masukkan dlm AKC Shoppe ASAP selepas publish n3 ni... Kawan2 yang berminat boleh la refer di AKC Shoppe ye :)

1. Keyring (saiz 20sen)


2. Gunting Melengkung (S)


3. 11mm BlackWhite Theme button


Kalau berminat boleh jer isi order form kat AKC-SHOPPE ye :)


Kalau suka, sila la klik LIKE yer... Terima kasih banyak2 :)
www.tips-fb.com

Tuesday, January 3, 2012

wedding+crafting = Felt Guestbook

Assalamualaikum...

Baru2 ni ada AKC upload kat FB Awoks.KiterCraft gambar jambangan bunga bentuk LOVE yang sedang disiapkan... Alhamdulillah dah siap pon projek tu... Apa projek nya?


A special sponsor for my aunt's wedding. A Felt Guestbook cover :)

Buku yang digunakan notebook biasa je yang saiz A6... kecik comel jer bukunya...
Alhamdulillah my mak sedara suka :)

Wedding pon dah lepas... Mak sedara pon dah selamat jadi isteri org...
She's so georgous on that day... Kalau la arwah tokwan masih ada mesti dia la yang paling gembira... Missed my gramma so much dan hati sgt sebak bila 'pak sedara baru' lafazkan akad mengenangkan arwah tak de bersama... Semoga arwah tenang di sana, tergolong dalam golongan hamba-hambaNYA yang dikasihi.. Amin...


Ni la gambar pelaminnya...
Semua guna bunga hidup... Very refreshing...
yang juntai2 tu je tak :P

Kalau masa tunang sebelum ni (xder n3) , dia buat semua pelamin dan hantaran sendiri di bantu dengan mak serta pak sedara yang lain2 yang juga ada bakat 'terendam' dalam bidang decoration ni. Tapi bila kawin hanya mampu sewa je sebab dah masing2 busy yang amat dengan persiapan kahwin2 atau wedding of the year bg family kitorang.... Tapi still decoration dia yang buat... Oh, hantaran juga... Siap tak nak bagi org tlg buatkan tu... Seme dia nak sapu.... huhu

And here she is.......with her hubby....

*mak sdare paling sporting ngan anak2 sedara...



Happy wedding... Selamat berbahagia hingga ke akhir hayat....

Yeay... Tahun ni rasanya bertambahla sepupu AKC kuikuikui~

#dan2 mak sedara yang bongsu (adik pada yang ni) tempah suh buatkan jugak wedding guestbook ni untuk dia... Hehe InsyaAllah majlisnya bulan Februari ni... Semoga dipermudahkan segala urusan.... Amin... :)

Sebarang pertanyaan, e-mail ke: tanya.akc@gmail.com
www.tips-fb.com

Felt Bookcover Julia

Assalamualaikum...

Order from JULIANITA....

Felt bookcover+book

The bookmark

And a special gift :)

Alhamdulillah she likes it......


Sebarang pertanyaan, e-mail ke: tanya.akc@gmail.com
www.tips-fb.com

Monday, January 2, 2012

Welcome 2012 + New design Felt Key Holder

Assalamualaikum...

Masih sempat lagi kan nak wish SELAMAT TAHUN BARU 2012 !!! Semoga kehadiran 2012 ni membawa rezeki yang berlipat kali ganda, memperolehi keberkatan dari DIA, diberikan kebahagian, kesenangan, ketabahan, kekuatan iman serta kerajinan yang tak terhingga... Amin...

Iyer la kan, kalau tak rajin alamatnya tak terbuat la tempahan customer, kurangla rezeki kan?

My Whishlist yang paling utama nak settle down hutang ! Aik, hutang apakah? Hutang......
  • Dengan ALLAH SWT
  • Sesama manusia
  • Pinjaman -----> adeh la lomah lutut kaki den nengok amaun nyer... tak terkejor Kak Limah... =_='
Ok la... banyak kerja lagi nak dibuat... Akaun company tak settle2 lagi.. Sakit pale eh rase... huhu~ Layan je la gambar2 kat bawah ni yer. Ni order dari adik ipar. Sebelum ni ada request pencilcase ada gambar motor honda... Ni order lagi tempat kunci.. Tapi saiz kecik skit, senang nak masuk poket katanya... Layanzzzz....


Sebarang pertanyaan, e-mail ke: tanya.akc@gmail.com
www.tips-fb.com
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Borang Pesanan / Order Form

Name:
Address / Alamat
Phone No. / No. Tel
Email Address:
Tempahan anda
Pilihan Bank Untuk Pembayaran MAYBANK
BANK RAKYAT
Cash On Delivery - COD
Kaedah Kiriman
Terma dan Syarat Ya, saya baca serta faham akan segala terma dan syarat yang telah ditetapkan.
**Untuk Terma dan Syarat klik SINI. Terima Kasih.

Click here to put a form like this on your site.

NetworkedBlogs