PENGUMUMAN - ANNOUNCEMENT !!!

Salam....

TO ALL DEAREST CUST N FWENS....

AKC terpaksa menangguhkan sebentar dari mengambil sebarang tempahan untuk custom-made kerana mahu menyelesaikan beberapa perkara. InsyaAllah jika AKC dah bersedia untuk mengambil tempahan akan AKC hebahkan.

SEBARANG PERTANYAAN BOLEH HUBUNGI AKC MELALUI E-MAIL :


tanya.akc@gmail.com


Awok's Kiter

Saturday, July 28, 2012

[Readymade] Mini wallet

Salam...

Alhamdulillah... Ni lagi satu 11 Julai W.I.P.

Mini felt wallet

Ni dibuat khas kepada anda2 yang suka bawak duit dan kad sahaja... Tak nak bawak beg besar-besar dan nak letak dalam poket seluar jer :)

Ada 3 design dan didatangkan dalam 3 warna sahaja... Mini wallet ni ada 1 tempat duit kertas, 1 ruang syiling berzip dan 1 ruang untuk kad. Sangat simple dan murah sahaja...

Berminat? Sila layari AKC-Shoppe ya :)

Kalau suka, sila la klik LIKE yer... Terima kasih banyak2 :)
www.tips-fb.com

Tuesday, July 24, 2012

New Design Felt Wallet : Siti Aishah

Salam...

Ni la hasilnya untuk 11 Julai punya W.I.P.

Felt Wallet

Ni adalah design terbaru yang saya buat... Khas untuk customer ni. Siti tempah untuk design bunga yang biasa saya buat tu tapi terasa macam dah bosan buat design tu, minta kebenaran siti untuk tukar design kepada daun pulak. Sebenarnya dah lama nak buat corak2 daun ni tapi tunggu nak buat yang readymade memang xde masa sangat nak sentuh... Jadi, dah alang-alang nak buat yang Siti punya saya cuba buat...

Design ni lebih rumit dari design bunga sebab perlukan lebih detail. Tapi saya amat puas hati bila dapat siapkan dan tengok hasilnya... Huhuhu terasa macam tak nak pos jer kat customer... hehehe

Tapi Alhamdulillah dah selamat pos, dan selamat terima oleh Siti dan dia sangat puas hati... Nak pakai Raya nanti katanya :)

Anyway, layan je la gambar2 kat bawah ni... Terima kasih Siti sebab tempah dengan akak yer :)
Maaf tak dapat nak amik order hand Bouquet tu yer... Hopefully dapat cari penggantinya :)


Kalau suka, sila la klik LIKE yer... Terima kasih banyak2 :)
www.tips-fb.com

Friday, July 13, 2012

Felt Name Keychain : Farhana - Masai, Johor.

Salam...
Nampak best jer bila rak penggantung ni penuh dengan keychain... Huhu bila la nak dipenuhkan dengan readymade :(


Alhamdulillah, akhirnya siap juga tempahan dari Farhana ni. Dah lama tempah n bayar tapi dek kerana beberapa halangan dan rintangan, lama tertangguh... Nasib la Farhana ni sabar orangnya... Terima kasih sis Ana sebab sanggup bersabar dan sudi tempah dengan kak Awin...

Farhana ni sebenarnya seorang cikgu. Ana tempah 28 keychain nama untuk anak-anak muridnya... Faham-faham je la... Bulk order ni. Pastu nak menggunting huruf-huruf yang kecik-kecik tu... huhu naik kematu jugakla tangan pegang gunting...
Tapi Alhamdulillah akhirnya dapat disiapkan...

Jom layan gambar...

Keychain nama untuk budak-budak lelaki... 14 unit...

Keychain nama untuk budak-budak perempuan... 14 unit...

Dan masihkah anda ingat akan post mengenai Intai-intai Barang Yang Dah Siap?
Kan saya ada tunjukkan 2 gambar, 1 dah di expose kan apakah bendanya... Satu lagi tunggu sampai kat tuan dia kan... Hehehe ini lah barangnya....

Frame gambar bersaiz 4r. Gift sebab tempah banyak dan sebagai menghargai kesabaran Ana untuk AKC siapkan tempahan beliau...



Terima kasih banyak-banyak Ana... :)

* Frame tu belum masanya untuk dijual n di ambil tempahan yer. Just a special gift to my customer... Hehehe

Kalau suka, sila la klik LIKE yer... Terima kasih banyak2 :) www.tips-fb.com

Wednesday, July 11, 2012

W.I.P = Work In Progress

Salam...

Ni antara kraf yang sedang saya siapkan :)

Dah potong-potong, tinggal nak jahit jer lagi. Tempahan customer.... :) Hope she will like it...

Kat atas ni plak readymade item... Ada satu dah siap jahit. Tinggal lagi dua.... :)

Ada seorang lagi customer yang dah bayar. Will start cutting the orders soon... Nak kena buat template dulu.... :)

Kena rajin-rajinkan diri sebab sekarang semua pon pakai duit kan?
Semoga rezeki ku semakin bertambah dan diberkatiNYA... Amin....

Kalau suka, sila la klik LIKE yer... Terima kasih banyak2 :)
www.tips-fb.com

Sunday, July 8, 2012

Barang-barang readymade untuk dijual

Salam semua....

Saya ada beberapa barangan readymade untuk dijual kepada sesiapa yg berminat.... Sebenarnya barangan-barangan ni adalah hasil kerjatangan adik-adik saya yang bebaruni telah mengambil bahagian dalam aktiviti jualan di sekolah diorang... Antara hasilnya seperti di bawah :

1. Bookmark by Fishy Lala

Bookmark ni nak dijual secara borong jer sebab hanya ada lebih kurang 37pcs semua sekali.

2. Hair, Shawl or bookmark clips by ESYA

Ni pulak boleh dibeli secara satu2 atau beli 5pcs dengan harga yang lebih murah :) Semua sekali ada 46 pcs jer.... Kalau ada sesapa yang berminat nanti bolehla jenguk-jenguk ke on9 shop AKC di AKC-Shoppe untuk lebih lanjut....

Link :


Kalau suka, sila la klik LIKE yer... Terima kasih banyak2 :)
www.tips-fb.com

Saturday, July 7, 2012

Felt keychain : Cikgu Ju

Salam...


Kat atas ialah 2 biji keychain yang telah ditempah oleh Cikgu Ju, salah seorang cikgu di Taska Permata Alur Lintang merangkap cikgu kepada Haiqal. Nak bagi kepada anak-anak sedara katanya. Cikgu Ju nampak keychain yang saya hasilkan untuk Haiqal yang saya gantungkan dekat beg sekolah dia, berkenan dan terus tempah... Alhamdulillah.... Promosi secara tak langsung... :)


Dua-dua cikgu Ju nak ada karekter Angry Bird dan letak nama masing-masing dekat situ. :)

Harap-harap Adeena dengan Nuha suka :)

Kalau suka, sila la klik LIKE yer... Terima kasih banyak2 :)
www.tips-fb.com

Tuesday, July 3, 2012

Ni la dia kraf yang disiapkan....

Salam semua...

Dapat ke teka?

Sebenarnya kat atas ni la rupa sebenar bagi gambar 2 dalam post sebelum ni... Huhuhu.... Readymade felt pendrivecase... Kalau ada sesiapa yang berminat nak beli boleh refer link di bawah ok :)


**Oh, gambar 1 tak leh nak expose lagi sebab tu yang customer punya. Tunggu barang tu sampai pada tuan dia baru saya expose :)

Kalau suka, sila la klik LIKE yer... Terima kasih banyak2 :)
www.tips-fb.com

Intai-intai barang yang dah siap

Salam semua...

Gambar 1


Gambar 2

Agak-agak korang boleh teka tak apa kraf yang dah saya siapkan sehingga pukul 4 pagi tadi? Jom main teka-teka dulu ok :)

Kalau suka, sila la klik LIKE yer... Terima kasih banyak2 :) www.tips-fb.com

Sunday, July 1, 2012

Felt Bookcover Set : Pieyqa

Salam semua...
Kali ni update tempahan yang paling akhir sebelum saya bercuti panjang hari tu. Dah selamat sampai dekat tuan dia pon. Alhamdulillah dia suka :)

Tempahan kali ni datang dari adik Pieyqa. Dia nak 2 set bookcover tema ladybug jugak... Memang famous amous la cik ladybug ni kan? Kering idea nak membuat... Hehehe

Satu untuk Pieyqa sendiri....

bookmark boleh gerak2 atas bawah.

Satu lagi untuk kawannya, Jaja... Pada mulanya Pieyqa ni nak buat as birthday present kat Jaja, dia pon dah order awal tapi kebetulan plak masa tu ada 3 customer yang bayar serentak. Jadi terpaksa la buat ikut turn dan semestinya saya ni akan terlebih due date yang diberi... Itu memang silap saya sebab kadang2 mood nak boleh menjahit tu xdatang2 jadi terpaksa la tunda-tunda-tunda... Kalau dipaksa xmenjadi dan tak puas hati...

Upclosed sikit :)

Dalam n3 yang lepas ada saya bagitahu yang untuk bookcover seterusnya saya akan guna butang magnet. Bagi sesapa yang tak biasa dengar butang magnet dan tak kenal dengan butang magnet, nah dalam gambar kat atas tu la butang magnetnya.

Dan istimewa untuk Pieyqa kerana sudi order dengan akak.... :)

Terima kasih banyak2 dear... Harap puas hati yer :)

Pertanyaan/Any question ---> tanya.akc@gmail.com
www.tips-fb.com
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Borang Pesanan / Order Form

Name:
Address / Alamat
Phone No. / No. Tel
Email Address:
Tempahan anda
Pilihan Bank Untuk Pembayaran MAYBANK
BANK RAKYAT
Cash On Delivery - COD
Kaedah Kiriman
Terma dan Syarat Ya, saya baca serta faham akan segala terma dan syarat yang telah ditetapkan.
**Untuk Terma dan Syarat klik SINI. Terima Kasih.

Click here to put a form like this on your site.

NetworkedBlogs