Sunday, November 27, 2011

Tema Rama-rama :)

Assalamualaikum...

Hasil tempahan Syafiqah, kawan kepada Aina lagi. Ni semua yang kakak Syafiqah bernama Syahida... Tema yang dipinta adalah rama-rama. Nak pakai cepat sebab Syahida ni nak berangkat ke Mesir pada 1hb November baru-baru ni... Domokun tu yang readymade hari tu..

Antara barang-barang yang ditempah oleh Syahida ni ialah :

Felt External Hard Disc Case.
Material = polyster felt utk kotaknya dan arcrylic felt utk hiasan bunga dan rama2.

Memang rumit buat bentuk 3D ni tambah2 pulak AKC buat double felt. Huhu...


Felt Passport Cover
Warna dan tema permintaan Syahida :)


Felt Hp Strap Butterfly.

Memang Syahida ni peminat rama-rama kan... Semua tema rama-rama... Rama-rama ni pulak AKC lukis dan design sendiri. Memang amik masa jugak la nak design nak bagi simetri... Tapi alhamdulillah, jadi jugak akhirnya Rama-Rama AKC....


Last but not least. Felt Butterfly Brooch.

Nampak tak ada kelainan sikit untuk design brooch berbanding hp charm tadi? Brooch AKC xnak letak mata-mata... Yer la nanti kang takut pulak org tengok mata brooch rama2 bergerak2 hehe

Terima kasih sudi tempah dengan AKC walaupun AKC xsempat nak bagi byhand kat Syafiqa/Syahida... Harapnya kamu puas hati dan sudi tempah lagi dengan AKC... :)



Sebarang pertanyaan, e-mail ke:------ tanya.akc@gmail.com

No comments:

Post a Comment

Eh, cu tinggal komen gop spatoh dua...
Baru betul awok2 kiter, ke guane?