PENGUMUMAN - ANNOUNCEMENT !!!

Salam....

TO ALL DEAREST CUST N FWENS....

AKC terpaksa menangguhkan sebentar dari mengambil sebarang tempahan untuk custom-made kerana mahu menyelesaikan beberapa perkara. InsyaAllah jika AKC dah bersedia untuk mengambil tempahan akan AKC hebahkan.

SEBARANG PERTANYAAN BOLEH HUBUNGI AKC MELALUI E-MAIL :


tanya.akc@gmail.com


Awok's Kiter

Sunday, July 31, 2011

Salam Ramadhan :)

Assalamualaikum...


Dikesempatan ini AKC nak ucapkan
SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN YANG MULIA
buat semua umat Islam...
Semoga bertambah amal ibadah, dpt beribadah dengan tenang, dan amalan kita diterimaNYA...

Esok start puasa ye kawan2... Jangan culas2 puasa nanti tak boleh raya hehe :)

Sebarang pertanyaan, e-mail ke: -------------------- tanya.akc@gmail.com
www.tips-fb.com

Monday, July 18, 2011

Supplies

Assalamualaikum...

Terima kasih kepada anda2 yang sudi follow n jadi reader kat blog / on9 shop AKC ni.... Terima kasi sangat2... Sebenarnya banyak perancangan AKC untuk menambah baik+meluaskan lagi perniagaan AKC ni... InsyaALLAH AKC akan buat satu2... Mana2 yang AKC mampu....

Buat masa skarang AKC tengah cuba2 untuk buka/luaskan lagi bidang perniagaan AKC iaitu dengan menjadi supllier kecil2lan barang2 keperluan berkraf... AKC tahu dah ramai yang jual barang2 ni tapi AKC cuba ambil risiko ni sbb ramai juga pelanggan2 AKC yang bertanyakan barang2 ni...

Sebagai permulaan AKC akan bawa masuk ke kedai (AKC-Shoppe) barang2 seperti di bawah dengan kuantiti yang terhad. InsyaALLAH, kalau ada permintaan AKC akan tambah lagi... Ni sebagai permulaan... Kalau ada yang berminat bolehla e-mail AKC yer... TQ.

Aligator clip (45mm)

Ball Chain

Hp Strap (Baby blue)-with ring

Key-Ring

Cover Button-Refill (15mm)

Nak lebih detail boleh tengok kat kedai ------ AKC-Shoppe

Sebarang pertanyaan, e-mail ke:---------- tanya.akc@gmail.com www.tips-fb.com

Wednesday, July 13, 2011

POSLAJU & POS EKSPRESS

Assalamualaikum...

Sedikit update dari :


1. POSLAJU MALAYSIA :

news :

Dear valued customers of PosLaju,

Kindly be informed that effective 15 July 2011, PosLaju fuel surcharge rate will be increased further from 10% to 15%.

The above increase is in line with the increase in petrol prices, transportation costs as well as the agreement made by the Association of Malaysian Express Carriers (AMEC) to allow for its members to increase the existing fuel surcharge rate to 15% and 10% handling surcharges remain unchanged effective 1 June 2011.

The increase in the fuel surcharge is crucial for PosLaju to continue to maintain its services to its customers.

Although courier industry has begun charging this new rate effective 1 June 2011, PosLaju has taken prudent steps to implement this new rate on 15 July 2011 for benefit of PosLaju customers.

Thank you.
Kat atas tu adalah notis dari POSLAJU mengenai kadar surcharge yang baru dikenakan bagi semua poslaju berkuatkuasa 15hb Julai ni iaitu esok (Jumaat).

Jadi, selepas ni kos pos menggunakan khidmat POSLAJU akan naik sedikit berbanding sebelumnya... Kadar baru AKC tak dapat nak bagitahu lagi sebab dah cuba tanya kawan2 yang lain tapi belum dapat info yang betul2 sahih lagi. Mungkin AKC akan cuba pergi ke pejabat POS untuk tanya pada diorang tarif baru....

Kalau sebelumnya barang2 bawah 500g, AKC charge RM6.00 utk Semenanjung dan RM9.00 utk Sabah/Sarawak... Kadar baru akan AKC update ASAP....

2. POS EKSPRESS

Selain itu, penggunaan pos ekspress pon terpaksa dimansuhkan buat masa sekarang sebab POSLAJU dah ketatkan undang2 yang barang2 dah tak boleh di pos menggunakan sampul POS EKSPRESS lagi... Hanya dokumen/surat sahaja yang dibenarkan (memang sebelum ni pon dah mention kat sampulnya hanya utk dokumen tapi sesaje gatai tangan nak pos barang gak hehe). Tapi kebanyakan barang2 tempahan AKC menggunakan POSLAJU :)

Kepada cust AKC pasni kalau nak guna juga pos ekspress ni AKC xkan tanggung segala kemungkinan yang jadi selepas di pos kepada anda sebab dah ramai kwn2 mengadu posmen rejected bungkusan/sampul yang mengandungi selain dari dokumen, lambat sampai (itu xper lagi), barang hilang (sgt sedih)...

Oleh itu, buat masa sekarang AKC hanya menggunakan khidmat POSLAJU sahaja... Pos Ekspress AKC guna untuk hantar tempahan sticker sahaja...

Itu jer, harap maklum :).....



Sebarang pertanyaan, e-mail ke : ----------------- tanya.akc@gmail.com www.tips-fb.com

Tuesday, July 12, 2011

Luna Felt Flower

Assalamualaikum...

Ni la penangan makan hati ngan COPYCAT2... Buat utk jualan off9 sebenarnya sbb takut nak jual on9. Takut xder yang beli....

Luna colour :)

Yup AKC tahu dah ramai yang buat bunga2 ni AKC pon pernah buat lama dulu [SINI]... N tutorialnya pon melambak kat internet, just search jer. semua di hujung jari.... Tapi even semua di hujung jari tetap ada batasannya jugak bg sesetengah perkara.... tak gitu?

Sudut pandangan berbeza :)

Ni sebenarnya flower brooch... AKC buat untuk sepupu hubby... Dah alang2 buat rasa mcm xleh lepas plak... Tak puas gunting felt yg colourful ni... Actually ni felt jenis acrylic+lembut. Bukan jenis polyster yang biasa AKC guna tu. Acrylic felt ni AKC beli dengan Sus. Memang amat sesuai nak buat bunga.

Tone flower brooch

Kat atas tu paten yang sama cuma perbezaannya AKC gunakan warna yang berbeza untuk kelopak. Bahagian tengah AKC letakkan butang balut juga dari felt tapi jenis polyster.

Paten lain : Rose dan kemboja

Ni buat suka2 jugak. tengok tutorial. Mudah dan cepat je nak membuatnya... :)

Perbezaan saiz

Dari segi saiz, AKC bandingkan dengan duit Esah 50 sen. Boleh rujuk gambar kat atas...

Roses

Suka buat yang ni sebab teramatla mudah nak buat. InsyaALLAH nanti AKC kongsikan link2 yang buat tutorial... :)

Semua kat atas dah di beri kepada sepupu tu suh dia jualkan, nanti nak buat stok untuk raya plak... Kalau ada yang berkenan nanti AKC upload yang readymade untuk jual on9... Tapi ada ke yang berkenan?

Mode tengah happy walaupun penat yang amat sebab dua tempahan cust dah nak siap... Harap2nya AKC larat nak stay up untuk siapkan kedua2nya sebelum minggu depan.... AKC skarang masa banyak habiskan dekat kedai hubby, balik keje lepak umah In-Law, tengah malam baru sampai umah. Sampai umah pon paksa2 mata ni untuk berjaga, kemas2 rumah sikit pastu menjahit mana2 termampu... Harapnya cust AKC sabar menunggu :)

Sampai sini je dulu... Kalau ada yang nak tempah STICKER bolehla drop e-mail ye... TQ :)

Sebarang pertanyaan, e-mail ke :----------------- tanya.akc@gmail.com www.tips-fb.com

Monday, July 11, 2011

COPYCAT

Assalamualaikum...

Ini sesi luahan hati yang tak seberapa dari AKC... Mungkin bagi sesetengahnya anggap isu ni sebagai kes terpencil tapi bagi AKC atau sesetengah crafter anggap ini sebagai satu isu yang tiada penghujung. Selagi ada manusia2 / insan2 mcm ni selagi itu isu ini menjadi titik hitam (yg mungkin akan jd tompok/lohong hitam) bg kami bergelar 'crafter'. Oppss... apa isunya?


COPYCAT
Ihsan Google dari thenextweb.com


Anda tahu binatang apa kat atas tu? Kenapa AKC letak gambar tu? Sebab isu yang AKC nak ketengahkan ni adalah isu COPYCAT. Isu tiru2 design di antara crafter... Itu belum lagi isu CURI GAMBAR, buang watermark pastu declare as diorg punya handmade....

Dah kerap kali sebenarnya AKC terserempak ngan insan2 yang amik design AKC and jual as diorg punya kat on9 shop diorg. Kebiasaannya AKC akan PM dia (biasa jumpa kat FB) n bgth leklok.... Mmg ada yang bg respon ok n ada juga mcm tersentap bila AKC bgth tu design AKC and hopefully dia amik tindakan sewajarnya siap bgth lagi kat AKC 'REZEKI MASING2', ada juga yang senyap tanpa berita.... Macam2 ragam....

Design apa yang diorg tiru? Designnya simple jer tapi jujur AKC cakap design tu AKC sketch sendiri masa main2 ngan anak, even simple tapi means a lot to me.... Sebelum ni pon AKC dah pernah post hal yang sama... (SINI)

Incik Siput yang ramai peminat...

Ni la dia macam gambar kat atas ni design yang AKC maksudkan.... Mr. Snail aka Incik Siput AKC... Memang Siput ni barang panas dari AKC.... Comel ker? Cuba la anda2 seme Google image Felt SNail, banyak lagi yang cantik2... AKC dulu pon google jugak nak cari ilham tapi sebolehnya nak ketengahkan idea n trademark sendiri....

1st Incik Siputku.....Full N3 ----> HERE

Gambar kat atas tu plak Incik Siput aka Mr Snail yang mula2 AKC buat... Masa tu masa mula2 berkecimpung dengan felt craft ni. ~

Apa perasaan AKC?

Ihsan Google

1. Hati terluka :(
Rasa macam dihiris2 je hati ni ngan pisau tajam.... sakit sangat bila nampak org amik design tu...


Ihsan Google
2. Marah....
Marah bila usaha kita org amik mudah jer... Semua nak senang, sedangkan AKC dulu nak sampai jadi AKC skarang banyak betul halangan n dugaan kena tempuh... Usaha dari A bertatih nak ke B... Skarang pon masih jauh lagi perjalanan AKC...


Ihsan Google

3. Sedih...
Siapa yang xsedih kalau idea kita diambil tanpa pengetahuan kita... Kita perah idea, masa n tenaga nak menghasilkannya. Kita guna plak utk cari rezeki... Mungkin ada yang tak kisah tapi tidak bg AKC....


AKC sempat mengadu kepada beberapa kenalan, memang AKC dah jangka xsemua org berpendirian, berfikiran sama macam kita.... Ada yang bg kata semangat, ada juga yang bg pendapat seperti AKC plak yang salah, semacam AKC ni plak yang tiru idea/design org tu...

Maaf kawan2, mula2 AKC terasa juga. Panas hati ni.. Tak bleh nak terima nasihat kawan2. Memang la rezeki masing2 tapi kalau dah mengambil hak org lain tu dikira mcmana plak yer? Kreatifkah kita kalau kita sewenang-wenangnya just amik design org lain n declare kita as crafter? Kalau nak tiru pon at least janganla sebijik sejibik... tukar la mana2 yang patut... buat kelainan skit... Snail bentuk segitiga ke, petak ke,membujur lalu ke, senget ke ikut la bukan AKC xbg anda buat design siput tapi tiru sejibik tu yang AKC kisah....

AKC kalau nak amik jalan mudah senang jer AKC just cilok idea2 crafter2 OTAI seperti :
- JAJAKRAF
- ChomelCraft
- Sekoci
- Mikylayna
dan ramai lagi (just name a few)

Otai2 atau crafter2 lain bukan xpernah kena mcm AKC ada tu diorg lagi teruk, diorg buat benda yang sama, jual murah giler dari crafter tu ada tu plak sanggup curi cust crafter lain... Nauzubillah... perangai apa la tu ya....Tu belum lagi kes cropkan gambar buang watermark... Macam2 ragam...

Macam AKC, kalau ada yang sama pon AKC buat utk kegunaan sendiri... Tapi seboleh2nya AKC akan cari idea supaya nampak lain...
(Design katun2 tu xleh nak kata apa la kan dah memang katunnya macam tu)



Wat masa skarang AKC hanya mampu redha je la ngan apa yang terjadi... Harap pasni AKC akan lebih sabar bila terjumpa design yang sama seperti AKC... (Hopefully xde la lagi yang meniru)... Mudah2han rezeki AKC n anak2 bertambah lagi... Mungkin bila AKC dah glamor macam OTAI2 kat atas tu yang sering masuk TV/surat khabar n wat class AKC dah xhirau ada yang tiru2 design ni... hikhik bila nak glamor ni yer? Hurm........

Harap2 crafter2 amik iktibar la yer... Satu lagi kalau ada cust nak suh buatkan tiru sejibik2 mcm crafter lain punya at least tell the owner of the design 1st... Kami di RightBrain Thinker akan respek satu sama lain, bgth pada cust yang buat design lain, kenala pandai main ayat supaya cust dengar kata kita kan, setuju ngan design kita. kalau cust xnak, nak ikut design sama jugak suh cust berurusan dengan crafter tu sendiri melainkan crafter tu izinkan kita buat as cust request... At least mereka tahu kemana hala tuju design diorg kan... Tak pon bagi la sedikit kredit kepada ownernya....

Dah, panjang plak bebel AKC ni. Tapi ni luahan hati AKC... Personal bukan pakat2 ngan org lain. Tak der kaitan dengan crafter2 lain... Sebab seboleh2nya biarla felt craft di Malaysia ni berkembang maju n setiap crafter ada trademark mereka tersendiri. Biarla kita bersaing secara sihat.... Tu baru REZEKI MASING2 namanya....

Kalau ada yang nak hentam/sokong AKC boleh jer tglkan komen/e-mail jer AKC. InsyaALLAH AKC baca. Kalau yang hentam2 tu even panas hati tapi AKC baca jgk....kadang2 dalam pahit tu ada manisnya.... Pada yang sudi membaca, sorry kalau anda xberapa faham penyampaian AKC ni... Dah lama xmengarang.... n thanx a lot 2 u ~ :)


Sebarang pertanyaan, e-mail ke :-------------------: tanya.akc@gmail.com www.tips-fb.com

Saturday, July 9, 2011

KENAPA?????

Assalamualaikum...

Apa la yang ada pada seorg on9 seller kalau kamera xder... Aduh, mati kutu AKC rasa. Dah la phone rosak, kamera pon buat hal jugak. Tak dapat nak amik gambar projek terbaru AKC... Arghh... sakit hati pon ada... Time2 kering camni la seme nak rosak. Ni pon incik lappy meragam dengan meng'pink'kan screen sampai sakit kepala duk ngadap dia.... aduh2.... amik kata2 cik Aie a.k.a JariTercucuk Jarum ' Rasa nak meninggal pon ada' ~huhu

Sebarang pertanyaan, e-mail ke :---------------> tanya.akc@gmail.com
www.tips-fb.com

Wednesday, July 6, 2011

Hadiah buat sahabat

Assalamualaikum...

Minggu lepas (dah lupe hari apa) ada temujanji dengan kwn satu Uni dekat KB... Rasanya memang dah agak lama xjumpa dia sebab my son pon dah besar, 3tahun dah... Disebabkan lama xjumpa AKC pon prepare something to give to her... Sempat lagi bangun b4 subuh buatkan keychain utk dia...

Keychain utk Laila

Harapnya dia suka la kan ngan hasil tangan xseberapa tu... Sebenarnya buat dua sebab janji jugak dengan sorg lagi kwn tapi disebabkan incik hubby ada hal lain terpaksa tangguh dulu nak jumpa tu... T dah bg kat tuan dia baru AKC upload :)...

Sebarang pertanyaan, e-mail ke : ---> tanya.akc@gmail.com www.tips-fb.com

Tuesday, July 5, 2011

Sticker

Assalamualaikum...

Cuma nak tunjuk sticker label AKC... Buat masa sekarang AKC guna sticker ni tampal dekat kertas yg dah dipotong as Business Card AKC... hehe small budget mcm ni la kan... Teringin jugak nak buat Business Card betul2 tapi tunggu register number phone baru yg khas utk bisnes baru bleh buat.... Sambil2 tu sempat lagi nak survey tempat yang menepati ciri2 bajet AKC hehe...

Sticker label Awok's Kiter Craft

Sticker ni AKC tempah di kedai yang dekat dengan umah jer... Sizenya plak lebih kurang 2"x5" 2.625"x1" haha silap :)... muat dalam 60 pcs dalam kertas size A3 (size kertas lukisan).

Ada yang nak tempah?

Min order 1 kertas A3=RM10.00 (tak termasuk pos). Maknanya size sticker tu xkisah size besar2 mana janji muat kertas A3...

Kalau ada yang nak tempah bolehla bagitahu AKC... :)


Sebarang pertanyaan, e-mail ke:------> tanya.akc@gmail.com www.tips-fb.com

Saturday, July 2, 2011

Felt Coin Pouch

Assalamualaikum...

Alhamdulillah, syukur ke hadrat-NYA sebab tempahan dari En. Syahrum dah selamat sampai ke tangannya... Jauh nun ke Lahad Datu, Sabah... Rupa2nya bila di kaji2 balik, handmade AKC ni dah pusing 1Malaysia merantau... Alhamdulillah... Rezeki dariNYA yang Maha Esa...

Felt Coin Pouch

En. Syahrum (rasanya anaknya kot yg order) telah menempah 2 Coin Pouch seperti di atas... Warna2 tersebut adalah pilihan dari customer sendiri cuma AKC tambah design bunga n awan tu jer... Alhamdulillah cust suka... :)

Coin Pouch for Rizmee


Coin Pouch for Fifie

Bahagian dalamnya AKC lining dengan kain flannel... Di tambah aksesori tali untuk mudah pegang (wristlet)...
Price refer ------------> HERE

Sebarang pertanyaan, e-mail ke : tanya.akc@gmail.com www.tips-fb.com
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Borang Pesanan / Order Form

Name:
Address / Alamat
Phone No. / No. Tel
Email Address:
Tempahan anda
Pilihan Bank Untuk Pembayaran MAYBANK
BANK RAKYAT
Cash On Delivery - COD
Kaedah Kiriman
Terma dan Syarat Ya, saya baca serta faham akan segala terma dan syarat yang telah ditetapkan.
**Untuk Terma dan Syarat klik SINI. Terima Kasih.

Click here to put a form like this on your site.

NetworkedBlogs