PENGUMUMAN - ANNOUNCEMENT !!!

Salam....

TO ALL DEAREST CUST N FWENS....

AKC terpaksa menangguhkan sebentar dari mengambil sebarang tempahan untuk custom-made kerana mahu menyelesaikan beberapa perkara. InsyaAllah jika AKC dah bersedia untuk mengambil tempahan akan AKC hebahkan.

SEBARANG PERTANYAAN BOLEH HUBUNGI AKC MELALUI E-MAIL :


tanya.akc@gmail.com


Awok's Kiter

Showing posts with label Alkisah. Show all posts
Showing posts with label Alkisah. Show all posts

Friday, June 28, 2013

Bloglovin'

Follow my blog with Bloglovin

suka, sila la klik LIKE yer... Terima kasih banyak2 :) www.tips-fb.com

Sunday, April 21, 2013

[Barang] Keperluan bilik kraf



Salam...
Hasil borongan untuk bilik kraf AKC :)

Ada sesiapa yang berminat nak beli jugak?
Hehehe

Kalau suka, sila la klik LIKE yer... Terima kasih banyak2 :)
www.tips-fb.com

Thursday, April 18, 2013

[WIP] 19.04.2013



Salam...
Sekarang jam 08:59 pagi. Masih belum berkesempatan untuk tidur.
Ambil peluang ketika En. R datang bertamu... Hehehe
Oh, siapa En. R? 
- Rajin
- Roh menjahit
;)

Hajat di hati nak siapkan je terus tapi malangnya kerja-kerja menyiapkan tempahan terpaksa ditangguhkan atas sebab-sebab kekurangan bahan... Putus angin betulla tapi tak pe...
Sekurang-kurangnya dapat jugak la sentuh tempahan dari tiga tuan :)

Oh, maaf. Keychain teddy bear dan Keroppi tu hanya jual secara 'offline' sahaja. Harap maklum :)

Kalau suka, sila la klik LIKE yer... Terima kasih banyak2 :)
www.tips-fb.com

Monday, March 18, 2013

Bungkusan 2...


Salam...

Berkait dengan post saya sebelum ni [DI SINI], ada seorang pembaca yang respon. 

Terima kasih sis, sudi singgah dan respon :)

Kenapa saya timbulkan hal tersebut?
Selama pengalaman saya berkecimpung dalam dunia perniagaan atas talian (lebih dikenali sebagai 'online') ini, ada pelbagai ragam penjual yang menguruskan barang-barang yang dipos kepada pelanggan.

Saya suka kalau terima barang, barang tu dibungkus cantik-catik atau kemas... Dan saya cuba praktikkan cara sedemikian juga... In shaa Allah pelanggan saya terima yang terbaik dari saya... Kalau ada kekurangan tu saya mohon sejuta kemaafan... :)



Salah satu kiriman untuk pelanggan-pelanggan AKC :)

**Teringin juga nak tahu apa jadi barang-barang yang dikirim pada pelanggan AKC selepas diorang terima**

Pernah terima barangan dari crafter luar negara dan sangat teruja bila terima, sebab cara dia hargai penerima dari segi bungkusan (packaging). Berikut di bawah antara pautan-pautan yang boleh dijadikan rujukan :

[sila klik pada gambar untuk pautan]






HAPPY CRAFTING !!!

Kalau suka, sila la klik LIKE yer... Terima kasih banyak2 :)
www.tips-fb.com

Sunday, March 17, 2013

Bungkusan...

Salam semua...


Apa reaksi anda dalam situasi seperti ini :

1. Beli barang secara online, tak kisah mahal atau murah. Bila dapat barang dari penjual, barang hanya dibungkus dalam plastik hitam atau cuma dimasukkan dalam sampul poslaju macam tu je...

2. Beli barang secara online, tak kisah mahal atau murah. Bila dapat barang dari penjual, barang dibungkus elok dan kemas, ada kad comel ucap terima kasih.

Yang mana satu menjadi pilihan anda? 

Kalau suka, sila la klik LIKE yer... Terima kasih banyak2 :)
www.tips-fb.com

Monday, September 3, 2012

Kraf bersama anak-anak

salam...

Sebelum raya bebaru ni sempatla luangkan masa dengan anak-anak dengan berkraf.... Diorang ni memang minat sangat kerja gunting-gunting dan tampal-tampal ni... Alhamdulillah diorang suka sangat... Nampaknya kena lebih banyak luangkan masa berkraf dengan diorang ni... Bagi kreatif lagi :)

Ni la buah hati pengarang jantung saya. Dah besar-besar pon diorang ni. Mulut pon pot-pet2 jer... Cerdik pon yer... InsyaAllah diorang akan dapat adik bulan 11 ni :)

Projek kraf kali ni dengan buat kad raya...
Buat untuk Atuk dengan Nenek di kampung...

Ni hasil dari abang... Adam Haiqal... :)


Eh, malu pulak dia...
Ni pulak hasil dari si kakak... Amni Hawani...

Entah apa-apa je yang dia tulis kat dalam tu. Yang Ibu faham dan nampak hanya garis-garis yg bengkang-bengkok jer. Tapi apa yang dia bagitahu....
'Ni nama nenek.... Ni nama Atuk.....'
huhuhu~ ape-ape aje la anak ibu.....

Dan masa balik kampung di rumah atuknya di Dungun, si abang sibuk suruh buatkan beg duit untuk dia. Biar pon beg duit dia dah ada ibu buatkan.... Terpaksala jugak si ibu buatkan untuk dia... Simple-simple sudah... Dah buatkan untuk abang, kena buatkan untuk kakak jugak....

Ni yang kakak punya... Senyum kambing pulak dia.... Dapat beg duit baru...


Ni abang punya... Ada Ben10...

Lepas pada ni tak tahu la permintaan apa lagi yang ibu kena tunaikan kan...
tak apa... Demi anak-anak.... :)
Asal diorang gembira :)

**Teringin nak bawa anak-anak ke LEGOLAND... Entah bila la baru sampai agaknya....

Kalau suka, sila la klik LIKE yer... Terima kasih banyak2 :)
www.tips-fb.com

Saturday, September 1, 2012

SELAMAT HARI RAYA & 55 Tahun MERDEKA

Salam...

Rasanya masih sempat lagi saya nak ucapkan pada semua :


dan

Selamat menyambut

HARI KEMERDEKAAN
KE-55 !

**Semoga Malaysia terus aman dan dapat saya cari rezeki dengan tenang : )

Kalau suka, sila la klik LIKE yer... Terima kasih banyak2 :)
www.tips-fb.com

Sunday, June 17, 2012

For Zura's Wedding and away~

Salam all,

Wedding Guest Book for Zura

Dah lama sy sepi dari blog ni dan juga FB. Rasanya last post sy pon bulan Mac lepas.. Terlalu banyak kejadian yg berlaku, banyak juga perkara yg terjadi dan terpaksa sy hadapi... Dan kerja-kerja menjahit menajdi semakin lambat dan akhirnya tergendala tanpa disentuh, dek kerana perlu memberikan perhatian yang lebih pada perkara yg lebih penting...

Maaf saya pohon buat anda-anda yang ada e-mail saya, PM di facebook atau sms. Memang hati saya terasa jauh sangat untuk mengambiltahu hal perniagaan kecil sy walaupun ada ketikanya perasaan membuak-buak untuk mencurahkan idea yang tetiba je datang tanpa dijemput. Maaf, maaf dan maaf dari hujung rambut hingga hujung kaki andai servis yang sy berikan tersangatla tidak memuaskan hati anda sebagai seorang pelanggan. Bagi yang terus memberikan sokongan pada saya, JUTAAN TERIMA KASIH diucapkan. Semoga Allah memberikan balasan rezeki yg melimpah ruah serta keberkatan dalam hidup anda...

Masih lagi mencari semangat berkraf setelah lama 'bercuti', mungkin dalam 2,3 post akan datang anda akan disajikan dengan hasil-hasil karya handmade AKC yang telah lama saya siapkan cuma tiada kesempatan untuk di post di blog.

Guestbook di atas adalah hasil selama hampir 2jam untuk disiapkan untuk wedding mak saudara bongsu saya di kampung pada bulan Februari yang lepas. Ya, mata anda tidak rabun dan anda tidak silap membaca... Saya ulang, FEBRUARI yang lepas. Sudah agak lama, kalau bunting pelamin pon perut dah besar agaknya kan? :)

Ideanya sangat simple sebab rushing nak siapkan. Bukan tak boleh buat dari awal tapi malangnya yang mula-mula saya buat tak muat kerana tersalah ukuran... Frust sangat-sangat kerana hasil 2 malam nak siapkan tapi tak boleh digunakan. Akhirnya, dengan masa yang agak runcing cuba juga saya siapkan demi mak saudara merangkap bff, kwn sekelas dan sedarjah saya dari sekolah rendah hingga sekolah menengah. Nasib Universiti tak sama :)

Di bawah nama Irwan tu adalah gulungan bunga yang saya bentuk seekor rama-rama. Sayangnya sesungut rama-rama tu tak nampak la pulak dek ke'blur'an gambar yang di ambil... Maafkan jurugambar tak bertauliah ni ya ;>

Tahniah buat Zura dan Iwan. Semoga berbahagia selalu... Harap-harap dapat la berita gembira nanti ya :)

Kalau suka, sila la klik LIKE yer... Terima kasih banyak2 :)
www.tips-fb.com

Tuesday, February 14, 2012

KOLEKSI KAIN2 AKC....

Salam.... Ni antara koleksi kain2 yang konon2 nak buat handmade tapi hampeh tak terbuat lagi....

**Orang tomoko (tamak) mmg macam ni kan... huhu

Fleece.... yang terbaru AKC beli... Ala kain selimut tu... memang gebu dan best untuk dipeluk sampai tertidur terkeluar air liur
hehe

Flannel... Ada yang baru beli, ada yang dah lama beli dan dah guna...
Atas2 yang nampak sikit jer tu dah guna la tu... Dah pernah buat plushie guna kain ni... memang best...

Velboe... Kain berbulu lembut... buat teddy bear mmg best tapi tak berkesempatan lagi... lagipon beli saiz tecik2 comey je... suku meter @ 1/4m je... :)

Tak tahu la bila dapat merajinkan diri untuk mengerjakan kain2 diatas... huhu

erk... ada sesapa nak beli ker? lau nak takat 1/4m tu bleh la saya jualkan... hehe stok pon terhad... Kalau ada bagitahu la yer :)

Kalau suka, sila la klik LIKE yer... Terima kasih banyak2 :)
www.tips-fb.com

Tema purple hadiah sponsor utk Giveaway RBT

Salam....

1st of all nak ucap
HAPPY 1st ANNIVERSARY RBT(M).... Hopefully RBT akan lebih established dan ahli2 akan mendapat lebih manfaat, lebih berdaya saing, lebih kreatif, lebih mesra dan lebih rezeki... Sayang semua yang ada dalam RBT... mmmmuuuuuaaachhhhh!!!!!

Khas wat Aie@JariTercucuk Jarum dari blog http://amayakazukindependentart.blogspot.com/ kerana mengasaskan RBT ni dan sudi pelawa AKC sertai sekali.... Semoga silaturahim kita semua terus kukuh dan berkekalan hingga ke akhir hayat.... Amin....


Ni adalah hadiah sponsor dari AKC utk Giveaway yg dianjurkan oleh komuniti kami iaitu
Right Brain Thinker (RBT) Malaysia..... Boleh ke Facebook Page RBT di :


Hadiah yang sempat AKC sediakan... Diarycover+Mini diary+Ribbon keychain....

Hehe saje je amik gambar mcm2 gayer... Comel tak? Ada bakat pegang DSLR tak?
Huhu ni guna kamera digital kodak biasa je :)

LOVE this L.O.V.E :)

Ribbon Keychain

The Mini Diary....

Harapnya pemenang berpuas hati dengan hadiah ni....

So, pada sesiapa yang berminat nak join. Jangan lepaskan peluang anda untuk memenangi pelbagai handmade yang disponsor oleh ahli2 komuniti kami... Hanya klik LIKE di page RBT untuk melayakkan anda memenangi salah satu hadiah2 yang disponsor....

Good Luck n All the best to all :)

Kalau suka, sila la klik LIKE yer... Terima kasih banyak2 :)
www.tips-fb.com

Saturday, January 21, 2012

Felt Pendrive Casing : Marvis + Demam

Salam & hi,


Felt pendrive casing yang di tempah oleh Marvis.... Masa ni buat dalam keadaan ok lagi sbb hanya terkena selsema. Sempatla berjaga siapkan yang ni. Esoknya dengan tetiba demam dan terpaksa gagahkan jugak diri ke pejabat POS untuk pos. Alhamdulillah, selamat poskan order Marvis ni sekali dengan yang Siti Mariam punya... Harap Marvis puas hati :)


Demam Panas

Dan2 je balik dari pejabat Pos kesihatan merudum... Malam tu kena demam panas sampai menggigil2 badan.... Makan ubat pon takat kurang sikit jer suhu... Dalam hati bersyukur sangat sempat siapkan order cust yang dah bayar... Tapi kesian kat anak2 la bila ibu sakit byk la kekurangan dari segi layanan... Tapi alhamdulillah, anak2 macam tau2 je ibu tak sihat... Tak banyak ragam pulak diorg. Yang Amni siap picitkan kepala lagi... :)

Macam ni la kan, kita hanya mampu merancang.... Tapi DIA yang menentukan... Tengah bersemangat nak buatkan order dan juga Swap Project Right Brain Thinker di datangkanNYA dugaan... Sakit ni penghapus dosa... Semoga dosa2 sy yang kerdil ni diampunkanNYA....

Mungkin ini sedikit info untuk kawan:

Daripada hadis Nafi’ bin Jubir,katanya Rasulullah s.a.w bersabda:
Apabila salah seorang drpd anda demam,sesungguhnya demam itu adalah sebahagian drpd api neraka, hendaklah memadamkannya dgn air sejuk.Hendaklah berendam dlm sungai yg mengalir, mengadap aliran air selepas solat subuh dan sebelum naik matahari dan hendaklah membaca Basmalah. Hendaklah berendam selama tiga kali selama 3 hari. Jika tak sembuh cubalah sebanyak 5x,7x atau 9x. Sesungguhnya ia tidak akan melebihi drpd 9x InsyaAllah..

Selanjutnya boleh ke link ni ---> HALAQAH.NET
*terima kasih utk adik ipar yang kongsi link ni...

Semoga memberi manfaat pada semua... Wallahualam.... :)


Kalau suka, sila la klik LIKE yer... Terima kasih banyak2 :)
www.tips-fb.com

Tuesday, January 3, 2012

wedding+crafting = Felt Guestbook

Assalamualaikum...

Baru2 ni ada AKC upload kat FB Awoks.KiterCraft gambar jambangan bunga bentuk LOVE yang sedang disiapkan... Alhamdulillah dah siap pon projek tu... Apa projek nya?


A special sponsor for my aunt's wedding. A Felt Guestbook cover :)

Buku yang digunakan notebook biasa je yang saiz A6... kecik comel jer bukunya...
Alhamdulillah my mak sedara suka :)

Wedding pon dah lepas... Mak sedara pon dah selamat jadi isteri org...
She's so georgous on that day... Kalau la arwah tokwan masih ada mesti dia la yang paling gembira... Missed my gramma so much dan hati sgt sebak bila 'pak sedara baru' lafazkan akad mengenangkan arwah tak de bersama... Semoga arwah tenang di sana, tergolong dalam golongan hamba-hambaNYA yang dikasihi.. Amin...


Ni la gambar pelaminnya...
Semua guna bunga hidup... Very refreshing...
yang juntai2 tu je tak :P

Kalau masa tunang sebelum ni (xder n3) , dia buat semua pelamin dan hantaran sendiri di bantu dengan mak serta pak sedara yang lain2 yang juga ada bakat 'terendam' dalam bidang decoration ni. Tapi bila kawin hanya mampu sewa je sebab dah masing2 busy yang amat dengan persiapan kahwin2 atau wedding of the year bg family kitorang.... Tapi still decoration dia yang buat... Oh, hantaran juga... Siap tak nak bagi org tlg buatkan tu... Seme dia nak sapu.... huhu

And here she is.......with her hubby....

*mak sdare paling sporting ngan anak2 sedara...



Happy wedding... Selamat berbahagia hingga ke akhir hayat....

Yeay... Tahun ni rasanya bertambahla sepupu AKC kuikuikui~

#dan2 mak sedara yang bongsu (adik pada yang ni) tempah suh buatkan jugak wedding guestbook ni untuk dia... Hehe InsyaAllah majlisnya bulan Februari ni... Semoga dipermudahkan segala urusan.... Amin... :)

Sebarang pertanyaan, e-mail ke: tanya.akc@gmail.com
www.tips-fb.com

Monday, January 2, 2012

Welcome 2012 + New design Felt Key Holder

Assalamualaikum...

Masih sempat lagi kan nak wish SELAMAT TAHUN BARU 2012 !!! Semoga kehadiran 2012 ni membawa rezeki yang berlipat kali ganda, memperolehi keberkatan dari DIA, diberikan kebahagian, kesenangan, ketabahan, kekuatan iman serta kerajinan yang tak terhingga... Amin...

Iyer la kan, kalau tak rajin alamatnya tak terbuat la tempahan customer, kurangla rezeki kan?

My Whishlist yang paling utama nak settle down hutang ! Aik, hutang apakah? Hutang......
  • Dengan ALLAH SWT
  • Sesama manusia
  • Pinjaman -----> adeh la lomah lutut kaki den nengok amaun nyer... tak terkejor Kak Limah... =_='
Ok la... banyak kerja lagi nak dibuat... Akaun company tak settle2 lagi.. Sakit pale eh rase... huhu~ Layan je la gambar2 kat bawah ni yer. Ni order dari adik ipar. Sebelum ni ada request pencilcase ada gambar motor honda... Ni order lagi tempat kunci.. Tapi saiz kecik skit, senang nak masuk poket katanya... Layanzzzz....


Sebarang pertanyaan, e-mail ke: tanya.akc@gmail.com
www.tips-fb.com

Wednesday, December 7, 2011

Please Vote For Me !!!!


Assalamualaikum...

Just wanna ask some help from all of Awok's Kiter Craft blog readers... Please vote
Awok's Kiter Craft in the Best Blogshop of 2011 competition. You may click the banner above or click the link below to vote... Thanx for all your support :) Love all of you... Muah !

Vote me HERE!!!!


Sebarang pertanyaan, e-mail ke: ---- tanya.akc@gmail.com
www.tips-fb.com

Wednesday, September 14, 2011

Selamat Hari Raya !

Assalamualaikum...


Erk... masih sempat lagi kan nak wish? Raya kan sebulan....hehehe.....


Maaf AKC mengambil masa yg lama utk wish kat korang SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI....
Sepanjang bercuti+menyepi ni banyak yang terjadi pada AKC dan juga keluarga...

1. Cuti raya
2. Cuti hantar adik ipar ke KLIA
3. Anak demam+masuk wad
4. AKC demam
5. settle keje kat kedai hubby

adehla... Nak update blog pon malas... Sbb malas nak pikir ayat utk di taip. Hari ni jer rajin sikit... hehe


AKC minta ampun dan maaf pada semua yg kenal n pernah berurusan dengan AKC kalau selama ni ada yang terlebih dan terkurang dari AKC... :)

So, layan je la gambar raya AKC sekeluarga kat bawah tu....


Tahun ni beraya di kg AKC (Dungun)... Tema tahun ni hitam pink+purple :)

Sebarang pertanyaan, e-mail ke:tanya.akc@gmail.com www.tips-fb.com

Sunday, July 31, 2011

Salam Ramadhan :)

Assalamualaikum...


Dikesempatan ini AKC nak ucapkan
SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN YANG MULIA
buat semua umat Islam...
Semoga bertambah amal ibadah, dpt beribadah dengan tenang, dan amalan kita diterimaNYA...

Esok start puasa ye kawan2... Jangan culas2 puasa nanti tak boleh raya hehe :)

Sebarang pertanyaan, e-mail ke: -------------------- tanya.akc@gmail.com
www.tips-fb.com

Monday, July 11, 2011

COPYCAT

Assalamualaikum...

Ini sesi luahan hati yang tak seberapa dari AKC... Mungkin bagi sesetengahnya anggap isu ni sebagai kes terpencil tapi bagi AKC atau sesetengah crafter anggap ini sebagai satu isu yang tiada penghujung. Selagi ada manusia2 / insan2 mcm ni selagi itu isu ini menjadi titik hitam (yg mungkin akan jd tompok/lohong hitam) bg kami bergelar 'crafter'. Oppss... apa isunya?


COPYCAT
Ihsan Google dari thenextweb.com


Anda tahu binatang apa kat atas tu? Kenapa AKC letak gambar tu? Sebab isu yang AKC nak ketengahkan ni adalah isu COPYCAT. Isu tiru2 design di antara crafter... Itu belum lagi isu CURI GAMBAR, buang watermark pastu declare as diorg punya handmade....

Dah kerap kali sebenarnya AKC terserempak ngan insan2 yang amik design AKC and jual as diorg punya kat on9 shop diorg. Kebiasaannya AKC akan PM dia (biasa jumpa kat FB) n bgth leklok.... Mmg ada yang bg respon ok n ada juga mcm tersentap bila AKC bgth tu design AKC and hopefully dia amik tindakan sewajarnya siap bgth lagi kat AKC 'REZEKI MASING2', ada juga yang senyap tanpa berita.... Macam2 ragam....

Design apa yang diorg tiru? Designnya simple jer tapi jujur AKC cakap design tu AKC sketch sendiri masa main2 ngan anak, even simple tapi means a lot to me.... Sebelum ni pon AKC dah pernah post hal yang sama... (SINI)

Incik Siput yang ramai peminat...

Ni la dia macam gambar kat atas ni design yang AKC maksudkan.... Mr. Snail aka Incik Siput AKC... Memang Siput ni barang panas dari AKC.... Comel ker? Cuba la anda2 seme Google image Felt SNail, banyak lagi yang cantik2... AKC dulu pon google jugak nak cari ilham tapi sebolehnya nak ketengahkan idea n trademark sendiri....

1st Incik Siputku.....Full N3 ----> HERE

Gambar kat atas tu plak Incik Siput aka Mr Snail yang mula2 AKC buat... Masa tu masa mula2 berkecimpung dengan felt craft ni. ~

Apa perasaan AKC?

Ihsan Google

1. Hati terluka :(
Rasa macam dihiris2 je hati ni ngan pisau tajam.... sakit sangat bila nampak org amik design tu...


Ihsan Google
2. Marah....
Marah bila usaha kita org amik mudah jer... Semua nak senang, sedangkan AKC dulu nak sampai jadi AKC skarang banyak betul halangan n dugaan kena tempuh... Usaha dari A bertatih nak ke B... Skarang pon masih jauh lagi perjalanan AKC...


Ihsan Google

3. Sedih...
Siapa yang xsedih kalau idea kita diambil tanpa pengetahuan kita... Kita perah idea, masa n tenaga nak menghasilkannya. Kita guna plak utk cari rezeki... Mungkin ada yang tak kisah tapi tidak bg AKC....


AKC sempat mengadu kepada beberapa kenalan, memang AKC dah jangka xsemua org berpendirian, berfikiran sama macam kita.... Ada yang bg kata semangat, ada juga yang bg pendapat seperti AKC plak yang salah, semacam AKC ni plak yang tiru idea/design org tu...

Maaf kawan2, mula2 AKC terasa juga. Panas hati ni.. Tak bleh nak terima nasihat kawan2. Memang la rezeki masing2 tapi kalau dah mengambil hak org lain tu dikira mcmana plak yer? Kreatifkah kita kalau kita sewenang-wenangnya just amik design org lain n declare kita as crafter? Kalau nak tiru pon at least janganla sebijik sejibik... tukar la mana2 yang patut... buat kelainan skit... Snail bentuk segitiga ke, petak ke,membujur lalu ke, senget ke ikut la bukan AKC xbg anda buat design siput tapi tiru sejibik tu yang AKC kisah....

AKC kalau nak amik jalan mudah senang jer AKC just cilok idea2 crafter2 OTAI seperti :
- JAJAKRAF
- ChomelCraft
- Sekoci
- Mikylayna
dan ramai lagi (just name a few)

Otai2 atau crafter2 lain bukan xpernah kena mcm AKC ada tu diorg lagi teruk, diorg buat benda yang sama, jual murah giler dari crafter tu ada tu plak sanggup curi cust crafter lain... Nauzubillah... perangai apa la tu ya....Tu belum lagi kes cropkan gambar buang watermark... Macam2 ragam...

Macam AKC, kalau ada yang sama pon AKC buat utk kegunaan sendiri... Tapi seboleh2nya AKC akan cari idea supaya nampak lain...
(Design katun2 tu xleh nak kata apa la kan dah memang katunnya macam tu)



Wat masa skarang AKC hanya mampu redha je la ngan apa yang terjadi... Harap pasni AKC akan lebih sabar bila terjumpa design yang sama seperti AKC... (Hopefully xde la lagi yang meniru)... Mudah2han rezeki AKC n anak2 bertambah lagi... Mungkin bila AKC dah glamor macam OTAI2 kat atas tu yang sering masuk TV/surat khabar n wat class AKC dah xhirau ada yang tiru2 design ni... hikhik bila nak glamor ni yer? Hurm........

Harap2 crafter2 amik iktibar la yer... Satu lagi kalau ada cust nak suh buatkan tiru sejibik2 mcm crafter lain punya at least tell the owner of the design 1st... Kami di RightBrain Thinker akan respek satu sama lain, bgth pada cust yang buat design lain, kenala pandai main ayat supaya cust dengar kata kita kan, setuju ngan design kita. kalau cust xnak, nak ikut design sama jugak suh cust berurusan dengan crafter tu sendiri melainkan crafter tu izinkan kita buat as cust request... At least mereka tahu kemana hala tuju design diorg kan... Tak pon bagi la sedikit kredit kepada ownernya....

Dah, panjang plak bebel AKC ni. Tapi ni luahan hati AKC... Personal bukan pakat2 ngan org lain. Tak der kaitan dengan crafter2 lain... Sebab seboleh2nya biarla felt craft di Malaysia ni berkembang maju n setiap crafter ada trademark mereka tersendiri. Biarla kita bersaing secara sihat.... Tu baru REZEKI MASING2 namanya....

Kalau ada yang nak hentam/sokong AKC boleh jer tglkan komen/e-mail jer AKC. InsyaALLAH AKC baca. Kalau yang hentam2 tu even panas hati tapi AKC baca jgk....kadang2 dalam pahit tu ada manisnya.... Pada yang sudi membaca, sorry kalau anda xberapa faham penyampaian AKC ni... Dah lama xmengarang.... n thanx a lot 2 u ~ :)


Sebarang pertanyaan, e-mail ke :-------------------: tanya.akc@gmail.com www.tips-fb.com

Saturday, July 9, 2011

KENAPA?????

Assalamualaikum...

Apa la yang ada pada seorg on9 seller kalau kamera xder... Aduh, mati kutu AKC rasa. Dah la phone rosak, kamera pon buat hal jugak. Tak dapat nak amik gambar projek terbaru AKC... Arghh... sakit hati pon ada... Time2 kering camni la seme nak rosak. Ni pon incik lappy meragam dengan meng'pink'kan screen sampai sakit kepala duk ngadap dia.... aduh2.... amik kata2 cik Aie a.k.a JariTercucuk Jarum ' Rasa nak meninggal pon ada' ~huhu

Sebarang pertanyaan, e-mail ke :---------------> tanya.akc@gmail.com
www.tips-fb.com

Friday, March 11, 2011

Awok's Kiter Craft TR0103534-V

Assalamualaikum...


ALHAMDULILLAH....

Walaupun ini cerita sebulan yg lalu tapi saya tak berkesempatan nak berkongsi di sini...
Setelah setahun saya beroperasi tanpa sah di sisi undang-undang, sekarang saya sudah boleh menarik nafas lega setelah secara sah nya Awok's Kiter berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).

Perniagaan yang asalnya saya mulakan kerana minat saya dengan kraf , kemudian bertukar menjadi perniagaan sambilan di rumah. Almaklumla saya ni fulltime housewife. Alhamdulillah dah sampai ke tahap ni. Perniagaan yang berdaftar, dan saya sudah menjadi bussineswomen... Ni pertama kali salah satu cita2 saya tercapai ( dari sekolah rendah sampai universiti xtahu la berapa banyak cita2 saya tapi yang pastinya berniaga memang cita2 sepanjang masa ).

Sepanjang setahun yang lalu, banyak suka dan duka yang saya tempuhi... Dengan ragam customer, masa yang xberapa mengizinkan, kehadiran cahayamata yang baru, pemergian nenek tersayang, macam2 la... Tapi alhamdulillah, saya masih di sini...

InsyaAllah, selepas ini saya akan cuba buat yg lebih baik utk bisnes saya ni. Akan berusaha bersungguh2 untuk memuaskan hati perlanggan... Semoga selepas ini bisnes Awok's Kiter Craft akan bertambah maju dan diberkatiNYA...Amin...

Kawan2 yang ada sebarang cadangan atau komen untuk penambahbaikan management, kedai ni atau berkaitan ngan produk bolehla menghubungi saya di e-mail seperti di bawah yer...

Tunjuk ajar, minat dan setia anda bersama AKC amatla saya hargai. Hanya ALLAH SWT yang mampu membalasnya...


Do contact me :

awoks.kiter@gmail.com
www.tips-fb.com
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Borang Pesanan / Order Form

Name:
Address / Alamat
Phone No. / No. Tel
Email Address:
Tempahan anda
Pilihan Bank Untuk Pembayaran MAYBANK
BANK RAKYAT
Cash On Delivery - COD
Kaedah Kiriman
Terma dan Syarat Ya, saya baca serta faham akan segala terma dan syarat yang telah ditetapkan.
**Untuk Terma dan Syarat klik SINI. Terima Kasih.

Click here to put a form like this on your site.

NetworkedBlogs