PENGUMUMAN - ANNOUNCEMENT !!!

Salam....

TO ALL DEAREST CUST N FWENS....

AKC terpaksa menangguhkan sebentar dari mengambil sebarang tempahan untuk custom-made kerana mahu menyelesaikan beberapa perkara. InsyaAllah jika AKC dah bersedia untuk mengambil tempahan akan AKC hebahkan.

SEBARANG PERTANYAAN BOLEH HUBUNGI AKC MELALUI E-MAIL :


tanya.akc@gmail.com


Awok's Kiter

Wednesday, June 27, 2012

Pre-order felt polyster

Salam,

saya ada buat pre-order untuk felt. Details boleh klik kat link di bawah yer.


Kalau suka, sila la klik LIKE yer... Terima kasih banyak2 :)
www.tips-fb.com

Saturday, June 23, 2012

Felt Bookcover, Tissue Box and Hp Pouch : Ashikin Asari

Salam semua....

Hari ni nak update tempahan dari seorang sahabat lama... Sahabat yang pernah susah senang sekali... Sahabat ketika di UTM dulu :) Ashikin Asari. Thanx Ekin, sudi tempah dengan Awin dan support bisnes kecik Awin ni yer :)

Ada 3 barang yang Ekin tempah :

1. Bookcover


Haa... Kaler pink lagi tu. Memang favourite colour Ekin. :)


Hehehe cer tengok design ni, ada tak sesaper yang ingat design ni? Ni inspirasi dari design bookcover yang ditempah oleh customer Najeihah/JIJAH. Design tu actually logo bisnes kawannya yang buat kraf pixel. Boleh rujuk di ---------------> SINI.


Sebut lagi inspirasi, jadi saya buat lain sikitla designnya. Sebolehnya kalau customer nak design yang sama macam sebelum ni, saya cuba buat bagi nampak lain sikit. Barula custom-made namanya kan? Khas dan eksklusif buat customer tu :)


Ada dinasor pulak kat bawah, hehe. Ni memang request dari Ekin yer kawan-kawan. Ekin siap draft dan e-mail lagi apa yang dia nak letak, warna apa yang dia nak. Hehehe mudah betul kerja saya kali ni. ALhamdulillah....

Nah, bookmark pon ada jugak :) Senang nak tanda-tanda kan. Nak buka terus selak jer helaian yang berkenaan...


2. Tissue Box / Kotak Tisu


Ekin nak safari theme, jadi saya buatla binatang-binatang safari di ke-empat2 bahagian kotak tisu ni. Ni kotak tisu gulung tau buka tisu keping2 tu yer :) Erk, nampak simple ker? Katun-katun tu seme freehand cut tau. Tak de guna mesin-mesin bigshot bagai. guna tangan 2kerat ni jer huhu dah xder masa + malas menerjah nak buat template. Amik kain dengan gunting, gunting je ikut imaginasi hehe. Malas no ye... huhu

Kotak tisu ni yang bajet punya ni. dinding pon selapis jer, katun2 tu pon xjahit sangatla. bahagian2 penting yang perlukan jahitan jer dijahit. Kalau nak yang lebih tegap dan nampak outline katun-katun tu kena up 'sikit' lagi la harganya... Agak jenuh juga la nak jahit satu-satukan walaupun nampak remeh je :)

3. Hp Pouch


Ekin nak ada Encik siput kat bahagian depan, dan ada nama beliau kat belakang. Saiz Ekin bagi saiz handphonenya. Ku besarkan sikit basinya dan nah... Harap-harap muatla dan selamat beradu Hp Ekin kat dalam tu... :)


Last but not least, special gift for her. Hope u'll love it and thanx a lot for supporting me. May Allah SWT bless you always friend :)

Kalau suka, sila la klik LIKE yer... Terima kasih banyak2 :)
www.tips-fb.com

Wednesday, June 20, 2012

Felt Bookcover : Nabiha

Salam semua.... Sihat?

Mungkin ada yang tak berapa sihat due to keadaan cuaca sekarang. PANAS+BERJEREBU. Walaupun di Besut ni tak la teruk mana jerebunya tapi kesan yang ada sedikit sebanyak mengganggu-gugat keadaan kesihatan kami satu keluarga... Tambahan pulak sekarang musim menuai padi dan ada antara pesawah-pesawah dengan selamba melakukan pembakaran terbuka... Oh, sangat tak suka !


Berbalik ke tujuan asal. Kat atas adalah hasil tempahan dari Nabiha. Tempahan yang dah lama siap dan pos. Sila rujuk pada tarikh di gambar.

Dah kerap kali Sis Nabiha ni tempah dengan AKC dan sanggup tunggu setiap kali nak kena siapkan tempahan dia. Terima kasih Nabihah.... Selalu berikan kepercayaan sis dekat K.Awin :)

Nabihah tempah dua set felt bookcover tema LADYBUG. Satu tertulis YANA dan satu lagi tertulis NANA. Jom layan gambar yang diambil... :)

Bookcover YANA



Bookmark. Huruf Y tu boleh gerak-gerak ikut suka dari atas ke bawah. Flexible :)


Bookcover NANA



Bookmark huruf N ni pon sama - Flexible :)


Ni istimewa untuk Nabiha...


Untuk bookcover ni saya guna snap button. Masa ni stok untuk magnet button tak sampai lagi... Jadi pas pada ni setiap order bookcover akan saya guna magnet button. :)


Ni khas untuk tontonan kawan-kawan yang nak tahu ketebalan buku yang digunakan... Ni buku yang biasa saya guna untuk buat bookcover. Ada antara pelanggan yang nak hanya bookcover dan ada juga yang nak satu set dengan buku. Dan semestinya bagi yang nak satu set ni kena la tambah harga bukunya yer dak? :)

Sebarang pertanyaan boleh la e-mailkan ke : tanya.akc@gmail.com

Kalau suka, sila la klik LIKE yer... Terima kasih banyak2 :)
www.tips-fb.com

Tuesday, June 19, 2012

Pillow / Bantal untuk pengantin baru

Salam semua...

Pengantin dengan hadiah mereka. Selamat berbahagia buat kamu berdua
(Tumpat, Kelantan)

Post yang agak ketinggalan. Kejadiannya berlaku bulan 3 yang lepas. Hehehe Ni la bantal yang pertama saya buat khas untuk seorang kenalan, Farah untuk hadiah perkahwinan beliau.... Design yang biasa-biasa saja dan 100% jahitan tangan...

So, layan je la gambar yang ada :)

Material : Flannel + Felt


Kalau suka, sila la klik LIKE yer... Terima kasih banyak2 :)
www.tips-fb.com

Sunday, June 17, 2012

For Zura's Wedding and away~

Salam all,

Wedding Guest Book for Zura

Dah lama sy sepi dari blog ni dan juga FB. Rasanya last post sy pon bulan Mac lepas.. Terlalu banyak kejadian yg berlaku, banyak juga perkara yg terjadi dan terpaksa sy hadapi... Dan kerja-kerja menjahit menajdi semakin lambat dan akhirnya tergendala tanpa disentuh, dek kerana perlu memberikan perhatian yang lebih pada perkara yg lebih penting...

Maaf saya pohon buat anda-anda yang ada e-mail saya, PM di facebook atau sms. Memang hati saya terasa jauh sangat untuk mengambiltahu hal perniagaan kecil sy walaupun ada ketikanya perasaan membuak-buak untuk mencurahkan idea yang tetiba je datang tanpa dijemput. Maaf, maaf dan maaf dari hujung rambut hingga hujung kaki andai servis yang sy berikan tersangatla tidak memuaskan hati anda sebagai seorang pelanggan. Bagi yang terus memberikan sokongan pada saya, JUTAAN TERIMA KASIH diucapkan. Semoga Allah memberikan balasan rezeki yg melimpah ruah serta keberkatan dalam hidup anda...

Masih lagi mencari semangat berkraf setelah lama 'bercuti', mungkin dalam 2,3 post akan datang anda akan disajikan dengan hasil-hasil karya handmade AKC yang telah lama saya siapkan cuma tiada kesempatan untuk di post di blog.

Guestbook di atas adalah hasil selama hampir 2jam untuk disiapkan untuk wedding mak saudara bongsu saya di kampung pada bulan Februari yang lepas. Ya, mata anda tidak rabun dan anda tidak silap membaca... Saya ulang, FEBRUARI yang lepas. Sudah agak lama, kalau bunting pelamin pon perut dah besar agaknya kan? :)

Ideanya sangat simple sebab rushing nak siapkan. Bukan tak boleh buat dari awal tapi malangnya yang mula-mula saya buat tak muat kerana tersalah ukuran... Frust sangat-sangat kerana hasil 2 malam nak siapkan tapi tak boleh digunakan. Akhirnya, dengan masa yang agak runcing cuba juga saya siapkan demi mak saudara merangkap bff, kwn sekelas dan sedarjah saya dari sekolah rendah hingga sekolah menengah. Nasib Universiti tak sama :)

Di bawah nama Irwan tu adalah gulungan bunga yang saya bentuk seekor rama-rama. Sayangnya sesungut rama-rama tu tak nampak la pulak dek ke'blur'an gambar yang di ambil... Maafkan jurugambar tak bertauliah ni ya ;>

Tahniah buat Zura dan Iwan. Semoga berbahagia selalu... Harap-harap dapat la berita gembira nanti ya :)

Kalau suka, sila la klik LIKE yer... Terima kasih banyak2 :)
www.tips-fb.com

Pengumuman

PENGUMUMAN !!!


Salam semua.... Sila-sila la jenguk kedai AKC... Ada supply dan juga ready-made...

17/06/2012
Salam semua, lama AKC menyepi n xamik peduli ngan AKC-Shoppe di atas beberapa masalah yg timbul... Pada yg dah e-mailkan pertanyaan atau order form, InsyaAllah sy akan cuba reply pd semua ASAP. InsyaAllah kedai akan mula beroperasi semula pada minggu depan. Nak kena cek stok terkini dulu baru bleh AKC update.
Kalau ada sesiapa yang duk area Besut boleh jer COD kat Alur Lintang atau Kg Raja :)

AKC dah letak order form, kalau ada yang berminat bleh terus isi order form k. Tapi make sure ADD dulu e-mail orderakc@gmail.com takut nanti bila AKC reply order form korang, termasuk dalam folder SPAM :)

Terima kasih.... :)

Kalau suka, sila la klik LIKE yer... Terima kasih banyak2 :)
www.tips-fb.com
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Borang Pesanan / Order Form

Name:
Address / Alamat
Phone No. / No. Tel
Email Address:
Tempahan anda
Pilihan Bank Untuk Pembayaran MAYBANK
BANK RAKYAT
Cash On Delivery - COD
Kaedah Kiriman
Terma dan Syarat Ya, saya baca serta faham akan segala terma dan syarat yang telah ditetapkan.
**Untuk Terma dan Syarat klik SINI. Terima Kasih.

Click here to put a form like this on your site.

NetworkedBlogs