PENGUMUMAN - ANNOUNCEMENT !!!

Salam....

TO ALL DEAREST CUST N FWENS....

AKC terpaksa menangguhkan sebentar dari mengambil sebarang tempahan untuk custom-made kerana mahu menyelesaikan beberapa perkara. InsyaAllah jika AKC dah bersedia untuk mengambil tempahan akan AKC hebahkan.

SEBARANG PERTANYAAN BOLEH HUBUNGI AKC MELALUI E-MAIL :


tanya.akc@gmail.com


Awok's Kiter

Friday, December 31, 2010

QUICK UPDATE !!!

Assalamualaikum...

SELAMAT MENYAMBUT KEDATANGAN TAHUN 2011 !!!
HAPPY NEW YEAR 2011 !!!

As i mention b4, this is a quick update i mean xder gambar2 (nak upload Bband dah lembab)..

1. Saya celeb8 new year kat umah mertua sambil2 berkumpul melayan citer Ong Bak.

2. Balik umah after citer habis terus tdokan anak2.

3. Then masuk workshop nak menyiapkan tempahan customer. Tgh2 duk menjahit, ternampak ada kaki2 yang merayap kat mesin jahit. Panggil Mr. Hubby. Malam new year kitorg berperang ngan Mr. Lipan. Dah la besar, pjg plak tu. Mr Hubby kata mungkin dia masuk ikut celah tingkap sbb skarang musim hujan + air bertakung kat laman. Mujur dapat bunuh terus lipan tu (jahatnyer...tapi for the safety anak2 n org2 lam umah).

4. Mood malam ni 'hancur' :
a. teringat2 kaki2 yang merayap itu terus xbleh nak menjahit sbb seriau...
b. workroom saya yang baru jer dikemas dah bersepah balik gara2 berperang ngan Mr Lipan itu.
c. update FB tetiba terjumpa design my Mr. Snail kat site org lain. Not my picture but my design.
d. Lagi la menyiat hati ku bila i nyer design Zipper PencilCase pon dia tiru jugak. ~huhu

~Urghh damn it. Saya tahu dunia serba canggih sekarang bleh jer perkara2 seperti itu terjadi. Memang dah kerap sangat terjadi. Kalau ianya design common saya akui bleh terima cthnya love2, keychain nama, katun2. Tapi ~huhu... Saya sebolehnya nak design saya tu lain dari yang lain. even saya google mencari idea2 dari crafter2 lain tapi saya cuba jadikan yang diorg nyer tu as my inspirasi then create my new creation. Geram weh.....

~Saya harus terima hakikat bahawa design saya dah di'copy'...Saya harus bersabar...Apakan daya dah dia xde idea n idea kiter lak membuatkan dia tertarik, menarik mr snail aku mmg da bomb...~huhu

**betulkah aku pasrah? Waaaa................aku xrela weh.....**

Do contact me :
awoks.kiter@gmail.com
www.tips-fb.com

Wednesday, December 29, 2010

Lagi LOVE Keychain ready made masuk kedai...

Assalamualaikum...

Ada 3 lagi ready made keychain LOVE masuk kedai. Boleh la tengok2 yer.

AKC-SHOPPE

Do contact me :
awoks.kiter@gmail.com
www.tips-fb.com

Menu makan petang

Assalamualaikum...

Roti Jala @ Pukat Buruk


Kari Ayam

Ni semalam punya menu makan petang...
Cerita selanjutnya kat SINI.

Hari ni punya menu makan petang
' Bantal Buruk'
hehe pernah dengar? ~huhu xpernah...
Pernah makan? ~huhu lagi la xpernah...

Hehe my MIL yang buat... Tak sempat nak snap gambar dah ngap dulu + habis suda...
hehe...

Korang macam mana? Pernah dengar n makan ker kuih

'Bantal Buruk'?
Do contact me :awoks.kiter@gmail.com
www.tips-fb.com

Monday, December 27, 2010

Ready Made L.O.V.E Keychain For Sale...!

Assalamualaikum...


Ready made Love Keychain.
Keempat2 mereka akan masuk kedai.
Kepada sesiapa yang berminat boleh jer e-mail AKC yer.

Kedai AKC
http://akc-shoppe.blogspot.com

Do contact me :
awoks.kiter@gmail.com
www.tips-fb.com

Sunday, December 26, 2010

Alhamdulillah...Ok Next !

Assalamualaikum...

Antara barang yg sempat di pos hari ni....OK Next!

Alhamdulillah... lega rasa hati apabila dapat siapkan beberapa tempahan dan dapat poskan seperti yang dijanjikan. Walaubagaimanapon, senarai menunggu masih lagi panjang...~huhu
sehabis daya saya cuba siapkan tapi rasa macam xbergerak jer. Masa yang ada cuma pada pukul 12 am till 6 am sahaja itu pon kalau saya xkepenatan melayan anak2 dan juga kerja2 umah disiang hari.

InsyaAllah saya akan update list tempahan nanti. Ada tempahan yang dah berbulan2 masih lagi xterbuat. Belum masuk tempahan dari saudara mara lagi...And seriously saya tak tahu bila saya akan amik tempahan lagi... Nak kata tahun depan, tahun depan tu lagi beberapa hari jer lagi walhal list masih panjang. Tengoklah nanti macam mana. Saya mohon maaf sangat2 kepada yang dah tempah n ada dalam senarai tu sebab lambat siapkan tempahan kamu.

FYI, saya memang xbuat lagi barang2 kamu. Nama2 tu sekadar turutan untuk saya buat jer. Bila dah sampai turn kamu, saya akan re-confirm ngan kamu tempahan kamu tu. Once dah confirm, saya akan bagi invoice beserta dengan no akaun. Dan bila kamu2 dah buat bayaran baru saya akan teruskan kerja2 menjahit saya. Saya harap kamu2 faham yer. Saya rasa letih sangat bila masa confirm order cakap nak, bila dah buat n tunggu bayaran sunyi sepi tanpa berita. Saya penat dengan masalah ni. Membazir waktu saya yang seciput serta pengorbanan saya tak tidur malam dengan buat tempahan2 yang main2 tu. Lebih baik saya siapkan tempahan yang benar2 nak sahaja.

Harap kamu2 faham yer...Jangan pulak ada yang batalkan tempahan pulak nanti yer. Hehe
Tapi kalau ada antara kamu2 yang xsanggup nak tunggu saya xboleh nak kata apa la.
Saya dah cuba berikan servis yang terbaik, cuma buat masa sekarang hanya ini yang mampu saya bagi. Kalau kamu2 yang nak batalkan tempahan tu boleh jer bagitahu pada saya...Samada melalui e-mail atau PM kat Facebook Awok's Kiter Craft.

Alhamdulillah... Hair Clips yang ready made hari tu dah terjual kesemuanya. Dah pos kepada tuan empunya. Hope you will like it... So, buat masa sekarang kedai saya
AKC-shoppe kosong xde barang. InsyaAllah akan dimasukkan beberapa barang nanti. Sambil2 siapkan tempahan saya buatkan juga readymade item. 1,2 item jer. sekadar nak tambahkan dalam kedai tu. tak nak bagi kosong...

Ada beberapa next project yang sedang dalam pembikinan. Ada yang hampir siap, pastu ada beberapa org yang dalam proses confirm tempahan. InsyaAllah saya akan update list ASAP. So, kepada sesiapa yang berkenaan nanti boleh jer refer pada list tu.

Thank You !

Do contact me :
awoks.kiter@gmail.com
www.tips-fb.com

CONTEST NAK MENANG BLOG HEADER MAKEOVER!

Assalamualaikum...

Align CenterKali ni saya nak join contest from dik Sri dari blog Cicakdanlelabah.

Ni la contest nya...


Haa, jangan terkejut pulak tengok banner contest ni yer. Sememangnya hadiah yang ditawarkan adalah FULL BLOG MAKEOVER...
Memang owner blog ni xsalah edit dah banner tu. Sebabnya owner ni sememangnya amat kreatip n inovatip bab design2 ni ~huhu.
korang xpercaya?
Hah, bleh tengok jer kat SINI
Kenapa, xpercaya ar?!

Hehehe...
Sebenarnya terjumpa blog ni secara xsengaja masa terjah menerjah blog blogger.
Pastu tetiba ada plak buat contest ni, excited jer nak join tapi habuk pon tara,
huruf M terlampau la besar di dahi nak mengarang N3.~huhu
ni baru jer ada kesempatan+takut xsempat sebab contest ni
tamat pada 1hb Januari 2011 ni...
(padahal hati manyak senang beberapa tempahan da siap n da pos + anak2 tidur awal hehe)

Ok lah, tanpa banyak songeh jom kiter lihat apa syarat2nya :

1. Buat satu entry bertajuk CONTEST NAK MENANG BLOG HEADER MAKEOVER!
dan dalam entry tu elaborate kenapa anda nak makeover header atau tukar rupa blog anda? senang kan? tiada limit perkataan, nak express kesedihan pasal rupa blog sekarang pun no hal. nak upload gambar korang banyak2 pun boleh. apa-apa je yang korang suka asal korang bahagia haha.. janji ada sebab kenapa korang nak makeover layout blog, yang selebihnya tu nak mereka-reka cerita pun takpe..

Kenapa nak makeover blog Awok's Kiter Craft ni?
Well, FYI, memang sejak kebelakangan ni rasa nak tukar jer langsir kat umah kedai kiter ni kan. Nak skali ngan rebranding le katanya. Bagi refresh sikit bisnes ni. (hopefully ngan tuan dia pon bleh refresh skali haha) Iyer la, dah hampir setahun berniaga kat umah kedai ni hajat di hati nak buat kelainan la plak sempena ulangtahun yang pertama bisnes kiter ni. Try gak buat sendiri tapi yerlakan kalau xder bakat n ilmu nak pakai photoshop ke ilustrator ker bagai memang ler xjadi... setakat conteng2 kat atas kertas tu bleh la...hehe
(tapi memang lam proses blajar dari makcik google n xtahu bila bleh pandai ~huhu)

Mr Hubby pernah kata (dah dia pon org bisnes juger)
" org meniaga ni kena selalu buat perubahan, baru customer dekat dengan kita sebab ada jer kelainan yang kita buat untuk tarik customer tu"
~huhu iya kah?
setakat yang dia buat untuk bisnes dia Alhamdulillah menjadi...hehe

Kalau boleh biarla susun atur kedai pon memikat jer follower2 yang sedia ada n yang akan jadi follower untuk singgah kedai ni.. ~huhu

itu je la kot dik Sri...xde panjang2...sbb mmg tujuan dihati nak tukar langsir baru sempena tahun baru n 1st year anniversary AKC n semangat baru...
Hopefully ada la rezki AKC nak menang airtangan dik Sri yer...

2. Sertakan banner contest dalam entry anda dan link ke cicakdanlelabah.
~dah~


3. Tak perlu buat sticky mode. Tapi, perlu sertakan banner contest dekat sidebar juga..
~okeh dah~

4. Anda mesti tag 2 orang minimum. harus inform kawan anda yang mereka telah ditag ye..

~adikku Iqbal Hakimi

~kawan seangkatan Asmah

Lepas dah selesai buat semua tu, korang bolehla tinggalkan link N3 korang kat SINI.

Sesaper yang nak join tekan jer banner kat atas tu atau kat sidebar okeh...

Jangan lepaskan peluang and ingat due date nyer 1hb Januari 2011.



Do contact me :
awoks.kiter@gmail.com
www.tips-fb.com

Tracking Number

Assalamualaikum...

27-06-2011 (Monday)
Syahrum bin Adap [ EN 424068723 MY] ~

09-03-2011 (Wednesday)
Najeihah Nazri [ EN 424068516 MY] ~ Sampai

26-12-2010 (Sunday)
1. Nor Haswani Othman [ EN 403428267 MY ] ~ Sampai
2. Norashikin Awang [ EN 403428284 MY ] ~ Sampai
3. Zairul 'Aziya [ EN 403428298 MY ] ~ Sampai

Do contact me :
awoks.kiter@gmail.com
www.tips-fb.com

Tuesday, December 21, 2010

Hadiah dari UK da sampai Hoyeyhhhh!!!

Assalamualaikum...

I'm so happy... Hehehe
Ingat lagi post saya tentang
SAYA MENANG GIVEAWAY DARI BUGS N FISHES BY LUPIN

Pada hari Sabtu yang lepas, parcel from Lupin da dapat...Yeay!

Ni ha parcelnya...


Jauh dia datang tau...hehehe

The value of the present...hehe
Besar maknanya tu...

Dah buka sampul coklat tu ada lagi sampul belang2 ni.
Dalamnya ada present yang dibalut ngan plastik bubble tu.
Yang bila picit2 dia meletup2 tu...

Ha....Ni la isinya...
Comel2 sangat...
(amik gambar lam workshop ku yang tak seberapa)


Tengokla size dia...


Cik Teko yang cute...


Ni my Favourite, Cik Biskut. Geram...
Boleh dipicit2...

I'm the winner...~Hoooraaay!!!

Teringat citer Ice Age tengok pin ni...Hehe

Bunga..So adorable...

Ni pon....

ni call card n thank you card from Lupin
gambar blur ~huhu

Happy sangat + sayang nak pakai brooch yang cantik2 itu...
Rasa nak frame jer semua...Bukan senang nak dapat tu...

Pada pemerhatian saya la, felt yang digunakan lain dari apa yang saya duk pakai selama ni.
Sangat lembut dan nipis. memang sesuai sangat2 kalau nak buat kuntuman2 bunga.
Lagi lembut dari felt lembut yang saya duk beli selama ni.
Nipis lak lebih kurang jer dengan yang saya duk beli ngan MsCraft n Sus.
Tapi, memang saya suka ngan 'air tangan' Laura Lupin ni.
Dia punya creation tu ada trademark dia.
Susah nak jumpa yang seiras jer penghasilannya selama saya duk ber'blogwalking'.
Anyway, Thanx Lupin for organizing it.

Sesiapa yang belum pernah terjah site dia boleh la berbuat demikian di
http://bugsandfishes.blogspot.com/

Do contact me :
awoks.kiter@gmail.com
www.tips-fb.com

Sunday, December 19, 2010

Bila perut lapar...

Assalamualaikum...

Apabila perut lapar pada pukul 4 pagi dikala sedang menyiapkan tempahan.

Taraaaaaaaaaaaaaaa..........

Saya dengan rajinnya telah pergi ke dapur dan keluarkan daging burger. hehe
Terus masak apa2 yang patut dan akhirnya jadila sebegini rupa...

Ala-ala western gitu. Yup i like western style food very much.
Masakan nya simple sahaja.

Apa yang saya masak? Saya goreng jer daging burger itu sampai garing.
Dah masak, saya potong dadu. Tabur lada sulah dan letak sos cili.
Kemudian hiris halus2 kubis dan tomato.
Tuang jer mayonis ka atas tu.
Lastly, kupas bawang besar (yang warna kuning kulitnya tu), mayang nipis2,
goreng bersama dengan bawang putih yang dicincang halus. bila dah nampak garing, masukkan cuka sikit, kicap sikit, sos tiram sikit. Kacau2 - siap.

hehe akhirnya jadila seperti dalam gambar tu.
Sangat best apabila disertakan dengan air nestum yang pekat...
Waaahhhhh, sangat enak!!!

JOM MAKAAAAAAAAAAAANNNNNNNNNN!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Do contact me :awoks.kiter@gmail.com www.tips-fb.com

100th post + Charity Project with Pondok Craft.

Assalamualaikum...

Alhamdulillah, ini adalah posting AKC yang ke-100. Hajat di hati nak buat sedikit review mengenai AKC sepanjang hampir setahun ber'online' blogging. Tapi masa tidak mengizinkan lagi untuk saya berbuat demikian. Ada beberapa perkara yang perlu saya dahulukan lebih-lebih lagi saya perlu merangka pengisian yang ingin saya masukkan dalam review tersebut supaya apa yang hendak disampaikan , pembaca akan faham.
(* ada readers ker blog saya ni? hehe saya pasti and yakin ada.....InsyaAllah...)

Ok la...Saya gantikan dengan N3 mengenai Charity Project with Pondok Craft.

Sebenarnya Pondok Craft dah lama menganjurkan dan juga terlibat dengan program2 charity ni. Pada kali ni Pondok Craft dan juga Sanggar Suri telah bergabung dan mengajak kawan2 crafter terlibat sekali dalam projek ni.

Bersempena dengan pembukaan sesi sekolah yang akan tiba tak lama lagi, tema pada kali ni adalah

Charity Project : Back to School

So, crafter yang ingin turut serta hendakla menyediakan barang2 atau keperluan2 yang berkaitan dengan sekolah. Contohnya, bekas pensil, beg, book cover dan lain2. Tapi semestinya hasil kerjatangan crafter tersebut. Bukannyer dibeli dari mana2.

Oleh itu AKC juga mengambil peluang ini dengan menyediakan beberapa pencilCase.
(*ini jer yang termampu saya buat dengan masa yang terhad+kena siapkan beberapa tempahan)

Ni la hasilnya. Simple sahaja.


Dahan pokok....


Mr Dino


Ms Butterfly

Berharap sangat2 dapat buatkan lebih dari yang ni. Tapi apakan daya...
Berharap juga dapat sertai lagi pada masa akan datang. InsyaAllah....

Pondok Craft Site : VISIT HERE

Sanggar Suri Site : VISIT HERE

Do contact me :
awoks.kiter@gmail.com
www.tips-fb.com

Tuesday, December 14, 2010

Order : Idayani @ Ideal Fesyen (FB)

Assalamualaikum...

Ni antara tempahan yang dah siap sepanjang 4 hari xber'on9' baru-baru ni. ~huhu
Ada lagi tapi yang tu customer lain yang punyer...hehe

Kali ni tempahan datangnyer dari FB.
(*tapi memang customer AKC ramai dari FB. Blog? xpasti ~huhu)

Tuan empunya nya nama Idayani, ada on9 shop jual tudung2 juger kat FB. Bleh jer search
IDeal Fesyen

Jauh barang2 ni pergi. Sampai ke Utara,
Alhamdulillah, hampir setahun AKC ditubuhkan dah hampir pusing 1Malaysia kerjatangan AKC. Semoga rezeki AKC bertambah dan hasil yang dapat diberikan lebih memuaskan, berkualiti dan yang penting customer puas hati...
Align Center
Idayani telah menempah :
1 set 3D PdCase
1 3D PdCase
1 3D HdCase


New creation ~ Mr Snail Charm
(Kecik comel jer macam... ~hehe macam siput ler kan?)


3D PendriveCase


1 set. Warna dengan design charm request by customer.


Pandangan belakang.

PdCase ni size besar. Muat untuk pendrive+broadband.
Juga requested by customer.


3D PdCase - muat Pendrive+Broadband juga.
Untuk urusan atau kerja-kerja pejabat.


Pandangan belakang


Yang ni size kecik muat pendrive sahaja.
Pendrive yang muat jenis Kingston flip.
Tengok kat SINI.


Ni as sample for kawan2 sepejabat dia.
FYI huruf2 tu dah tecik tuet dah sampai sakit mata nak gunting tapi still xmuat nak letak.
Panjang sangat perkataan tu. Lepas ni kena sulam benang jer la. xpon pendekkan jer word dia.


Perbezaan size besar n kecik


3D HdCase
Design Mr Snail and Warna2 adalah request by customer.


Mr Snail timbul ~saje suka2 buat timbul~


Pandangan belakang


Bahagian dalam...
Untuk HpCase dan HdCase memang AKC akan buat double layer felt for the safety.

Alhamdulillah dah selamat sampai kat tuan dia dah.
She like it too... hehe
Nanti boleh la order lagi yer. Tapi kena tunggu buka tempahan dulu la.
Skarang ni masih lagi mengejar list pending.
Harap sabar menanti...~huhu

*nak pakai turbo pon myk makin mahal, ditambah plak dengan huruf M dimana2 jadi listing tu pon bergerak macam maskot AKC jer la. Saper lagi lau x MR SNAIL. hehe


Do contact me :
awoks.kiter@gmail.com
www.tips-fb.com

Intai-intai Projek Terkini...

Assalamualaikum...
Align Center
Jom Intai-intai projek terkini yang sedang dibuat...

Felt yang telah siap di potong. Banyak warna yang terlibat.
Untuk sorang customer jer ni...And of course bulk orders.


The scrapies... sayang nak buang.
Kumpul-kumpul dulu, InsyaAllah pasni ada projek menanti scrapies ni..hehe
* hu~ xtahu la bila boleh buat projek tersebut aigooo~

Selain projek di atas ada lagi 2 orang customer yang dalam pembikinan.

Ada 2 projek (1 bulk order, 1 biasa) yang dah disiapkan cuma menunggu customer bagi details for shipping jer...

InsyaAllah, pasni akan update tempahan terkini yang dah sampai kat tuan dia.
*tempah dah berbulan2 tapi baru jer dapat buat ~adehla...



Do contact me :
awoks.kiter@gmail.com
www.tips-fb.com

Sunday, December 12, 2010

Order : Jufri Hanini ~x-student


Assalamualaikum...

Tempahan yang dah lama siap. Cuma tuan empunya baru jer amik.
Tempahan dari x-student ku, Jufri Hanini.




Card Holder.

Do contact me :
awoks.kiter@gmail.com
www.tips-fb.com

Sunday, December 5, 2010

Order : Ezfa

Assalamualaikum...

Just want to update an order from Ezfa...
4 pcs Name Keychain.



Ezfa

Ezwan


Aishah


Rafidah

Safely arrive to her...

Do contact me :
awoks.kiter@gmail.com
www.tips-fb.com

Friday, December 3, 2010

Nak mintak pendapat...TOLONG LA SAYA !

Assalamualaikum n Selamat Sejahtera...

Macam mana ni... Ada xsesapa nak tolong saya? Teringin nak tukar Langsir (template) baru untuk kedai ni tapi xreti PLUS takot terhilangkan post2 yg ada atau link2 yg ada... ~huhu sbb kebiasaan yg dialami oleh blogger2 yg tkr template (tambah2 org cam sayer yg buta IT nih) bila tukar mesti post yang lepas2 hilang la, link kawan2 hilang la mcm2 la. So pd sesaper yg tahu n ada ilmu tu, bleh xkongsi2 skit ngan saya? I know i can't afford lau u olls nak kna kn byran hehe den xkayo...so, any1 who willing to help me for free? InsyaAllah, hanya Allah yang mampu balas jasa2 n ilmu yg korg perturunkan kat sayer nih... TOLONG YER....

Do contact me :awoks.kiter@gmail.com www.tips-fb.com

Saturday, November 27, 2010

I'm the winner of Bugs n Fishes by Lupin GA ! YEAY !


SalaM...

Alhamdulillah... This was the 2nd time for this months to know that I won a GiveAway...Align Center
This time from the very famous crafter in England,
Bugs and Fishes By Lupin
.
Hehehe

So excited to know that I won the cute n pretty brooch from her. She had e-mail me n i did reply to her. Just can't wait to have them.. Love her craftwork so much...

For those who doesn't know her yet, just visit her site at
Bugs and Fishes by Lupin
and
want to read the post about the winner of her GA click HERE.


credit picture from Bugs and Fishes by Lupin

This was the prize that I just won. Isn't it cute n pretty?!

Thanx a lot Laura for organizing the GiveAway...

Do contact me : awoks.kiter@gmail.com
www.tips-fb.com
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Borang Pesanan / Order Form

Name:
Address / Alamat
Phone No. / No. Tel
Email Address:
Tempahan anda
Pilihan Bank Untuk Pembayaran MAYBANK
BANK RAKYAT
Cash On Delivery - COD
Kaedah Kiriman
Terma dan Syarat Ya, saya baca serta faham akan segala terma dan syarat yang telah ditetapkan.
**Untuk Terma dan Syarat klik SINI. Terima Kasih.

Click here to put a form like this on your site.

NetworkedBlogs