PENGUMUMAN - ANNOUNCEMENT !!!

Salam....

TO ALL DEAREST CUST N FWENS....

AKC terpaksa menangguhkan sebentar dari mengambil sebarang tempahan untuk custom-made kerana mahu menyelesaikan beberapa perkara. InsyaAllah jika AKC dah bersedia untuk mengambil tempahan akan AKC hebahkan.

SEBARANG PERTANYAAN BOLEH HUBUNGI AKC MELALUI E-MAIL :


tanya.akc@gmail.com


Awok's Kiter

Showing posts with label kehidupan..... Show all posts
Showing posts with label kehidupan..... Show all posts

Saturday, January 21, 2012

Felt Pendrive Casing : Marvis + Demam

Salam & hi,


Felt pendrive casing yang di tempah oleh Marvis.... Masa ni buat dalam keadaan ok lagi sbb hanya terkena selsema. Sempatla berjaga siapkan yang ni. Esoknya dengan tetiba demam dan terpaksa gagahkan jugak diri ke pejabat POS untuk pos. Alhamdulillah, selamat poskan order Marvis ni sekali dengan yang Siti Mariam punya... Harap Marvis puas hati :)


Demam Panas

Dan2 je balik dari pejabat Pos kesihatan merudum... Malam tu kena demam panas sampai menggigil2 badan.... Makan ubat pon takat kurang sikit jer suhu... Dalam hati bersyukur sangat sempat siapkan order cust yang dah bayar... Tapi kesian kat anak2 la bila ibu sakit byk la kekurangan dari segi layanan... Tapi alhamdulillah, anak2 macam tau2 je ibu tak sihat... Tak banyak ragam pulak diorg. Yang Amni siap picitkan kepala lagi... :)

Macam ni la kan, kita hanya mampu merancang.... Tapi DIA yang menentukan... Tengah bersemangat nak buatkan order dan juga Swap Project Right Brain Thinker di datangkanNYA dugaan... Sakit ni penghapus dosa... Semoga dosa2 sy yang kerdil ni diampunkanNYA....

Mungkin ini sedikit info untuk kawan:

Daripada hadis Nafi’ bin Jubir,katanya Rasulullah s.a.w bersabda:
Apabila salah seorang drpd anda demam,sesungguhnya demam itu adalah sebahagian drpd api neraka, hendaklah memadamkannya dgn air sejuk.Hendaklah berendam dlm sungai yg mengalir, mengadap aliran air selepas solat subuh dan sebelum naik matahari dan hendaklah membaca Basmalah. Hendaklah berendam selama tiga kali selama 3 hari. Jika tak sembuh cubalah sebanyak 5x,7x atau 9x. Sesungguhnya ia tidak akan melebihi drpd 9x InsyaAllah..

Selanjutnya boleh ke link ni ---> HALAQAH.NET
*terima kasih utk adik ipar yang kongsi link ni...

Semoga memberi manfaat pada semua... Wallahualam.... :)


Kalau suka, sila la klik LIKE yer... Terima kasih banyak2 :)
www.tips-fb.com

Friday, March 11, 2011

Awok's Kiter Craft TR0103534-V

Assalamualaikum...


ALHAMDULILLAH....

Walaupun ini cerita sebulan yg lalu tapi saya tak berkesempatan nak berkongsi di sini...
Setelah setahun saya beroperasi tanpa sah di sisi undang-undang, sekarang saya sudah boleh menarik nafas lega setelah secara sah nya Awok's Kiter berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).

Perniagaan yang asalnya saya mulakan kerana minat saya dengan kraf , kemudian bertukar menjadi perniagaan sambilan di rumah. Almaklumla saya ni fulltime housewife. Alhamdulillah dah sampai ke tahap ni. Perniagaan yang berdaftar, dan saya sudah menjadi bussineswomen... Ni pertama kali salah satu cita2 saya tercapai ( dari sekolah rendah sampai universiti xtahu la berapa banyak cita2 saya tapi yang pastinya berniaga memang cita2 sepanjang masa ).

Sepanjang setahun yang lalu, banyak suka dan duka yang saya tempuhi... Dengan ragam customer, masa yang xberapa mengizinkan, kehadiran cahayamata yang baru, pemergian nenek tersayang, macam2 la... Tapi alhamdulillah, saya masih di sini...

InsyaAllah, selepas ini saya akan cuba buat yg lebih baik utk bisnes saya ni. Akan berusaha bersungguh2 untuk memuaskan hati perlanggan... Semoga selepas ini bisnes Awok's Kiter Craft akan bertambah maju dan diberkatiNYA...Amin...

Kawan2 yang ada sebarang cadangan atau komen untuk penambahbaikan management, kedai ni atau berkaitan ngan produk bolehla menghubungi saya di e-mail seperti di bawah yer...

Tunjuk ajar, minat dan setia anda bersama AKC amatla saya hargai. Hanya ALLAH SWT yang mampu membalasnya...


Do contact me :

awoks.kiter@gmail.com
www.tips-fb.com

Wednesday, December 29, 2010

Menu makan petang

Assalamualaikum...

Roti Jala @ Pukat Buruk


Kari Ayam

Ni semalam punya menu makan petang...
Cerita selanjutnya kat SINI.

Hari ni punya menu makan petang
' Bantal Buruk'
hehe pernah dengar? ~huhu xpernah...
Pernah makan? ~huhu lagi la xpernah...

Hehe my MIL yang buat... Tak sempat nak snap gambar dah ngap dulu + habis suda...
hehe...

Korang macam mana? Pernah dengar n makan ker kuih

'Bantal Buruk'?
Do contact me :awoks.kiter@gmail.com
www.tips-fb.com

Monday, November 15, 2010

Congratulation My Lil Sis....

Salam...

This is my lil sis Narlisya Ainna

Congratulation to her for having straight A's for UPSR.
She was so happy n want to go to MRSM.
Hope she would be lucky enough to get there....

And here the picture of us
while having dinner on our way back to Dungun.

**only me, Haiqal n Amni. Mr Hubby?
He still got work to do.**

Me with my 2 liltle soldier...
Haiqal with his pish...
Amni the boyish look...hehe


Nasi Paprik ~ so Yummy ~


Tirah (specky) and Aisya
My Sis with their dinner...


My Parents
En Tahir n Pn Wan Salina


My Hero...
(he still in the fever mood)

Do contact me :awoks.kiter@gmail.com
www.tips-fb.com

Thursday, November 11, 2010

Al-Fatihah......

Salam...

**i wish i could say it in english but i feel its so uncomfortable. so i used bahasa**

Al-Fatihah buat Tokwan tersayang...
Semoga Tokwan tergolong dalam golongan hamba2NYA yang beriman dan dikasihi...

Tok1,
Kak Long tak tahu nak mula dari mana. Buat masa sekarang K.Long rindu sangat2 ke tok1.
Rupa2nya dah 11 hari Tok1 pergi menghadap Yang Maha Esa....
K.Long redha, walaupun kami semua sayang sangat2 kat Tok1, tapi Dia lagi sayangkan Tok1...

Tok1,
K.Long igt lagi malam tu K.long berjaga sebab nak siapkan tempahan. K.long pon sempat lagi buat n3 pasal teruja bila pengikut blog K.Long dah cecah 90 org. Memang malam tu K.Long tak rasa pon ada sesuatu nak terjadi. Cuma malam sebelumnya K.Long rasa xsedap hati sangat2. Siap bleh mimpi lagi yang semua ahli keluarga kita berkumpul ramai2. semua ada. Yg lama dah xjumpa pon ada. Tapi K.Long xhirau sangat takut sekadar mainan tidur...

Lepas subuh K.Long sambung menjahit lagi tapi Amni, cicit Tok1 menangis nak susu. K.Long masuk bilik bagi susu kat dia sampai K.Long pon terlelap sekali. K.Long terjaga bila dengar bunyi Handphone K.Long kat luar. Nada no Ma. Tapi rasa berat sangat mata nak terbuka. Sampaila Ma telefon kali kedua baru K.Long angkat. Masa tu dalam pukul 9.30 pagi.
K.Long ingatkan Ma saja2 jer telefon. Tapi Ma dalam keadaan sebak bagitahu yang Tok1 dah xde...K.Long terkejut sangat sampai xtahu nak buat apa. Macam xpercaya.
Apa yang K.Long bleh tanya Ma masa tu 'BILA?' dan ma jawab 'baru je'...
Ya ALLAH....

Tok1,
Macam2 K.Long pikir masa tu. Sampai hati ma tak bagitahu yang tok1 sakit...
Siapa yang ada masa tok1 pergi...Mcm2...
Lepas ma letak telefon K.Long terus g kat KRol bagitahu yang tok1 xde dah...Dia pon terkejut...Dia suh bersiap cepat2 nak balik. Sib baik dia xsempat g keje lagi masa tu....K.Long sempat wat post kat FB yg K.Long dah kehilangan tok1 utk selamanya...
K.Long siapkan anak2 pastu kemas baju2 yang K.Long sempat sambar2 jer....

Tok1,
K.Long bertolak dari Besut dalam pukul 1. Yer K.Long tahu, lambat kan...
Ntahla Tok1, macam2 halangan bila nak balik cepat2 hari tu. Dalam perjalanan pulak, ada2 je yang jadi. Jalan yang biasa lengang jadi banyak lori. bila baru jer nak laju, tetiba berduyun2 pulak lembu2 melintas. kalau sekali dua xper tapi banyak kali. Dalam hati K.long merintih sgt2 kenapala banyak jer halangan nak sampai sana. K.Long nak jumpa tok1 wat kali terakhir...

Tok1,
Bila je K.Long sampai kat umah Tok1, dah ramai tetamu yang hadir. K.long rasa macam tak percaya jer...Macam bermimpi sebab rumah tok1 sebelom2 ni sentiasa meriah ngan anak2 cucu2 n cicit2. Sentiasa ceria jer bila berkumpul... Tapi kali ni tak. Suasana muram jer...K.Long sebak...K.Long nak menjerit panggil Tok1...Tapi K.long tahu Tok1 dah xde...

Tok1,
Kalau kebiasaan K.Long sampai umah tok1 mesti K.Long salam n cium tangan n pipi tok1.
Tapi skarang dah xbleh...Tok1 xde kat tempat biasa Tok1 duduk sambil tgk kitorg seme bergurau senda. Mana Tok1?

Tok1,
Semua tetamu yang hadir tengok ke k.long bila k.long masuk umah tok1. Macam k.long ni org asing jer lam umah tu. Tapi K.Long xkisah, K.Long terus cari Tok1 sampaila Mak Teh mari peluk K.Long...Masa tu K.long xtahan sangat...K.long tahu k.long xbermimpi...
Tok1 mmg dah pergi...

Tok1,
K.long tgk tok1 dari jauh...tok1 terbaring jer kat tempat tok1 jaga K.long masa pantang ke Haiqal dulu...Tok1 dah siap dikafankan...tinggal bahagian muka jer belum...
Ya Allah...K.Long xsempat nak mandikan tok1...ruginya K.long...maafkan K.long...
Maafkan K.long tok1.....

Tok1,
bila jer kami semua bergilir2 nak cium tokwan K.long xdapat tahan sebak....
Tu lah kali terakhir kitorg bleh tgk n cium tok1...K.Long tatap jer muka tok1...
Ya Allah...bersih sangat...kedut2 pon xbanyak...tiada lagi raut wajah bila tok1 kesakitan sesak nafas....K.long xpuas tengok tok1...K.long nangis lagi...K.long tahu xbaik menangisi pemergian tok1, tapi hati ni sdih sangat dan air mata k.long xdapat nak tahan2...Maafkan K.long tok1 kerana menyakiti jenazah tok1...maafkan k.long....

Tok1,
K.long nangis lagi bila jenazah tok1 nak disembahyangkan...Ramainya yang hadir utk sembahyang jenazah. Sampaikan rumah yang luas pon xmuat... Ada yang sanggup datang dari jauh semata2 nak sembahyangkan jenazah tok1...terima kasih buat semua....K.long nangis lagi....

Tok1,
bertambah sedih ngan pilu bila mereka2 usung tok1 ke dalam ven jenazah...
K.long tahu, tu la wat kali terakhir k.long bleh tgk jasad tok1 seblom mereka2 bawak tok1 ke kubur...Maaf tok1, k.long xdapat nak hantar tok1 ke kubur...

Tok1,
bila ramai yang dah balik n ada yang pergi ke kubur. rumah tu jadi sunyi sangat...masih terbayang2 tok1 duk kat tempat biasa tu...masih terngiang2 suara serak2 tok1 panggil cucu2 suh urut...k.long pon masih ringan lagi nak menjerit panggil tok1 dari dapur bila cari brg2 xjumpa...Ya Allah...k.long nangis lagi...rindu yang teramat pada tok1...apa yang k.long mampu buat, sedekahkan al-Fatihah buat tok1...

Tok1,
k.long tahu akhir2 ni k.long xbyk luangkan masa k.long ngan tok1 bila balik sana...
Maafkan k.long...last k.long jumpa tok1 pon 2 minggu sebelom tok1 pergi...
tu pon sekejap sangat...
tapi k.long bersyukur, sempat juga hiriskan buah ciku utk tok1 bila tok1 suruh. walaupon masa tu k.long rushing nak ke kedai...

Tok1,
K.long redha tok1 pergi...
K.long akan kenang tok1 selagi hayat dikandung badan...
Tok1 la tempat k.long curahkan perasaan...
tok1 la tempat yg mula2 k.long ngadu bila ada masalah...
tok1 jugak la yg selalu bagi k.long nasihat...
yang backup k.long walaupon k.long buat salah...
yang faham masalah k.long...
Ya Allah...k.long akan rindu saat2 itu....

Tok1,
k.long akan rindu nasi goreng tok1...
walaupon last k.long makan masa ting 2 atau 3 gitu...
sebelom tokwan sakit...
k.long akan rindu jemput malas tokwan yg rangup tu...
k.long akan igt caner nak wat gulai n kari...
sebab tok1 la k.long pandai masak gulai n kari...
Ya Allah...banyak sangat kenangan k.long ngan tok1...
xtertaip kat sini rasanya tok1...
Tok1..............K.long rindu.....

Tok1,
K.long tahu k.long xsempat nak mintak maaf dari tok1 wat kali terakhir...
tapi cheNgah ada bagitahu yang seblom tok1 pergi, tok1 dah maafkan semua...
cheNgah sebak n terus nangis...K.long pon....
k.long akan rindu tok1...k.long bersyukur tok1 sempat tengok sepasang cicit tok1...

Tok1.....................................................................................K.Long sayang Tok1......

Ya Allah...ko tempatkan lah tok1 ku dalam golongan hamba2 Mu yang Kamu kasihi....
Kau ampunkanla segala dosa2nya....
Amin...

**Tok1 bersama anak2 serta cucu2 sebelum berangkat menunaikan umrah tahun lepas**

Al-FATIHAH.....


Do contact me :awoks.kiter@gmail.com
www.tips-fb.com

Saturday, August 28, 2010

Lamanya xupdate craft...~huhu

Salam...

Waah...dah lama xupdate craft2 yg Kiter dah siapkan kan? hehe xupdate kat blog jer, kat FB Kiter update... Banyaknyer masa Kiter on9 kedai kat FB... Nak update pemenang GA kat FB pown xsempat lg...sbb being so bz with life, n order from customer...~huhu. time management yg xcekap...~huuuuuh...

Do contact me :awoks.kiter@gmail.com www.tips-fb.com

Thursday, July 15, 2010

Managing my life...

Salam...

It's been a while i'm not updating any news about my handmade craft (beside JajaKraf GA)...

Well, i'm still in process to get along with my new environment
(~with my new baby gurl and her brother that a lil bit 'nakal' nowadays...~)

Just start to pick up the stuff for finishing the pending order, the lil Amni Hawani will start to cry too, asking for BF her. After finish with her, Adam Haiqal start mumbling asking his BAB too... (**BAB : SUSU).

So, all the pending order still not clear yet. I've finished a few of them but still there are a lot to make ( for a person like me which having a baby n an active son hehe ). For those who had made their orders before i'm begging you, please be patient n considered my condition. I've tried all my best to do it. InsyaAllah, all of you guys will get the orders A.S.A.P...

Thanx for understanding me... LOVE !!!
www.tips-fb.com

Thursday, June 10, 2010

KEHADIRAN ORG BARU.....

Salam...

Syukur Alhamdulillah...
Kiter dah selamat melahirkan baby girl pada 7hb 6 2010 tepat jam 7 mlm
di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian, Kelantan.

Nama baby baru adalah Amni Hawani. Suker betul hubby bila tekaan dia betul dapat baby girl...
hehe so sekarang, lengkaplah keluarga Khairul Nizam ngan sepasang cahaya mata...

Semoga rezeki keluarga kami makin bertambah, ikatan kasih sayang terus kukuh n utuh, bisnes semakin maju, n hidup diberkati Allah swt selalu...

Amni Hawani 1st picture.
Berat : 2.84kg
Panjang : 52 cm
(**besar sikit jer dari abang dia dulu)


Ni gambar terbaru pg td pas mandi...
**tangan n kaki kiri tersorok lak...huhu
ibu xsetting betul2 dulu td.


So, dengan kehadiran org baru yang datang lebih awal dari due maka Kiter nak bagitahu yang kerja2 menjahit terpaksa ditunda...
So, mana2 order yang still pending tu Kiter mintak maaf banyak2 yer. Dah cuba kejar tp xsempat jugak Kiter siapkan...Maaf banyak2...

Kiter akan usahakan la buat mana2 kalu termamp yer...
almaklumla, da ada baby ni sukar jugak nak wat kejer...

Harap seme faham....
www.tips-fb.com

Saturday, May 15, 2010

KITER WINDU SESANGAT!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Salam...

Wah betapa rindunyer kiter kat blog nih...
Hampir 3mgu (ye ker?!) kiter x update haper pown...huhuhu...

Kiter bukannyer aper :

1. Bz ngan keje
2. Bz ngan pending order
3. Kesihatan yg xbraper memuaskan....
~ asyik penat n xsihat jer...
~ FYI due bersalin xsampai 1bulan jer lg...huhu baby sabar yer... :)
4. Kesihatan Adam Haiqal pown sama (skarang ngah demam ~lagi...)

Adeh...customer2ku harap sabar menanti yer...sorry lambat...hopefully can catch-up all the pending order b4 my 2nd baby get out from this tummy...huhuhu...

Meh layan gambar kiter yg da 8bulan lebey dah ni...
** Nie gambar kat opis hubby **

www.tips-fb.com

Friday, April 16, 2010

ConTest "Tidur Paling Comel" by InfantiaHouse

Salam...

Jom awok2 kiter pakat masuk contest nih....





Nama : ADAM HAIQAL BIN MOHD KHAIRUL NIZAM
Umur : 20 MONTHS
Tarikh Lahir : 25 JUNE 2008
Warna Kesukaan : OREN


Sempena Pembukaan "Online Shop" InfantiaHouse yang dilancarkan pada 14.02.2010, siapa2 yang berminat nak mencuba nasib untuk mendapatkan Bantal yang empuk, Gemuk lagi Montok dari InfantiaHouse ni blehla menjoinkan diri anda....bebaloi gak kalau dapat tilam utk baby kesayangan anda..Syarat nye senang jer...
  1. Jadi follower blog InfantiaHouse ... **SUDAH -follower no.85
  2. Letakkan banner di atas di ruang sidebar blog anda... ** SUDAH.
  3. Copy & paste tajuk entry anda seperti diatas dan pastikan buat link ke..
    http://infantiahouse.blogspot.com/2010/03/contest-tidur-paling-comel-by.html
    terus ke blog InfantiaHouse... ** SUDAH
  4. Letakkan Gambar anak yang yang berumur 0 - 4 tahun. ** SUDAH
Gambar tu mesti gambar bayi yg tengah tidur nyenyak bersama bantal. ( tak kisah la nak aksi mcm mana..yg penting dia sedang enak tidur dan aksinya mencuit hati...)
  1. Baby tu tak semestinya anak anda..letak anak sape2 pun boleh, yang penting baby tu mesti ada pertalian darah dengan anda.
  2. Letakkan juga nama, umur, tarikh lahir dan warna kesukaan dia (untuk hadiah nanti) **SUDAH
  3. Dan jgn lupa, tinggalkan link utk penyertaan anda dalam comment box dlm entry ni **SUDAH
  4. Disebabkan beberapa permintaan dan ramai yg baru tahu contest ni..pihak syarikat telah bersetuju untuk melanjutkan lagi contest ni sehingga 31 Mei 2010 jam 11.59mlm~~ cepat2 jgn lambat yer....
Kalau nak tahu aper dia hadiah2 nyer, klik kat sini
www.tips-fb.com

Wednesday, April 7, 2010

N3 Bukan kraf...

Salam...

Maaf, kali ni n3 bkn pasal kraf.
tp psl anak yg wat kiter riso sgt2...

ptg smlm wktu amik dia kat umah to'ma dia
(umah MIL)
dia dah menunjukkan tanda2 xsihat...
xseceria selalu bila kiter dtg jmput dia, terus dia terjah kat kiter.
tp smlm senyap jer membatu...
bila kiter g kat dia peluk
kiter dpt rasa bahang kepanasan tubuh dia tu...
kiter start riso dah...

bwk balik umah, check dia nyer suhu bdn...
alamak, 38 drjh? mmg sah nk demam.
(dh demam dh pown kan)
kiter pown terus mandikan dia.
biarkan dia main ngan air...
berendam lam besen...
bila da siap mandi, pkai pampers,
ukur suhu dia balik...
alhamdulillah turun ke 37.5...

tp lbh kurg kul 9.35pm
dia tb2 jer lembik,
amik suhu, 38+.
terus kitorg (me+hubby)
bwk g klinik.
sib baik sempat sblm klinik tutup.

smpi2 kat klinik, ms dftr,
Haiqal tb2 muntah...
sib baik bwk bekal kain...
bg dia muntah atas kain..
then jpa dktr,
check suhu, 38+
dktr msukkan ubat thn muntah ikut punggong dia
(lubang dubur)
kesian dia, sakit katanya...
kiter peluk jer dia...sampai dia tertdo...

blk umah, kna wi mkn ubat demam+antibiotik.
xnak katanya...
tp kiter+hubby paksa jgk...
alhamdulillah, mkn jgk...
pastu dia tdo ngan lenanya...
cuma kiter jer yg xleh lena...
riso ngan keaadaan dia.

siang td,
even bdn dia still panas,
kiter masih gak basahkan bdn dia...
xnak suhu bdn naik...
Haiqal pown nmpk ok jer...
main lari2, main basikal dia,
pusing2 lam umah...
menulis+melukis
(even kiter pown xtau dia conteng aper)
tup2 nk mghrib td dia tb2 lembik balik...

dah mcm2 kiter+hubby wat
dia xnk minum susu atau air,
ubat lg la xnk mkn...
mkn roti jer secubit.
kitorg basahkan dia smpi lencun pown xjd aper...
paksa gk dia mkn ubat,
tp muntahkan balik....

hampir kul12, kiter check suhu dia.
Ya Allah...40 drjh celcius.
kiter+hubby+FIL+MIL
terus lancar ker hospital
risonyer...
sampai sna, dktr cuma leh bg ubat dmam jer
(setelah di check suhunya 39.5)
tu pown jgk ikut punggung.
Haiqal start nangis, bising kat hospital ngan tangis dia.
sakit katanya...
pastu nurse suh kiter dan2 tu jgk mandikan dia
Haiqal xnak, sejuk...
bdn dia menggigil2 kna air...
kuat dia nangis+jerit xnak2...
kiter mula nk nangis.
kesian tgk dia.
tp dktr dah pesan
"kalu sygkan anak awk, jgn dgr kata dia.
mandikan jer.make sure badan dia sentiasa basah.
memang dia rasa sejuk, tp sejuk kat luar. dlm dia panas."
ngan berat hati mandikan lg...
lama gak lam bilik air tu.
dia pandai, xnak mandi dia dtk peluk kiter...
tp kiter basahkan jgk dia,
ngan kiter2 basah lencun skali.

balik umah lam kul1am...
terus mandikan dia lg..
dia pown dah xbyk merengek...
agaknyer tau skrg kat umah...
xder dktr nak masukkan ubat kut punggong kowt.
check suhu dia lg 39+.
bg dia susu
dia minum..pastu dia trtdo...
kiter basahkan lg dia..kaki kiter selimut sbb sejuk sgt2.
tgn dia pown sejuk...
cuma kpla, ngan bdn yg panas..

lps basahkan dia.kiter selimutkan tubuh dia kms2...
dia pown nmpk selesa jer...
kul 2.32am,
kiter check suhu dia.
alhamdulillah, dah 37.7...
bdn dia pown da berpeluh...
tp kiter ttp xleh tdo...riso lg...
sambil2 berjg,
sambil2 siapkan tempahan org..

skrg da 3.32am.
dia merengek2 sket...
baru jer pas tdokan dia balik...
alhamdulillah, xpanas dah bdn dia.
bdn pown berpeluh2...
ok skit kowt...
hubby pown ngah smangat nengok MU vs Bayern,
smpi Haiqal bgn n tgk sama
(Haiqal mmg suka tgk bola ngan hubby)...
so, harap2 siang nnti dia ok..
bleh lompat2 n xdemam dah...
kiter pown happy...
Semoga cepat sembuh sayang Anak Ibu...

www.tips-fb.com

Wednesday, January 6, 2010

Yang pertama...............

Assalamualaikum.....

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih.........
Ini adalah post yang pertama bagi thn 2010 ni. Ni jugak adlh blog br bg awok's kiter.... :)

Sbnrnyer dah lama nak wat blog awOk's Kiter ni, cuma ms x m'izinkan n ada jer halangan serta dugaan yg ditempuhi... Tapi, syukur Alhamdulillah..... Akhirnya kite berjaya gak hasilkan blog ni...tu pun xreti sgt nak ejas2 setting n layout dia pun xreti nak decor8 caner....

Act, nama Aw0k's KiteR ni da lama wujud lam kamus hidup kite. Dari zaman sekolah men lg...ms tu kite namakan group kite n kwn2 yg kite knl sbg Aw0k's KiteR.... Ms tu kite menulis lam jurnal jer...(mmg suker tulis jurnal) n siap ada pic of my fwenz lg....tp malangnye da luper letak jurnal tu katner....

Windu betul ms zaman skul dolu2....tp da lama kite tinggalkan... Kite pun nk msk anak 2 dh..kwn2 lain pun ada yang ngah kembangkan family, br jer mula hdp family n xlp jger yg ngah mencari calon....(Good Luck gengs!)

Well, hr ni sbnr nye nk luah prasaan.... tensi skit hr ni cos kite br je nk try menjahit balik after da lama jgk kite tgl kan... so, nk gunakanla mesin jht yg diperturunkan kat kite oleh mak kite...ngah syiok2 nk jht (slps beberapa bulan prepare) tup2 mesin ni xberfungsi ngan btul.... (xtaula kan kite yg silap atau mesin tu yg xbg kite nk menjahit hehehe)...frustrated nye....dah la hubby ada suh jahit kan suar dia yg da lama koyak kes main tarik jer ms angkat baju...(last2 sangkut kat pgr besi n koyak)...

Hmmm, dlm kpla otak ni mcm2 nk jahit, tp alamatnyer kna postpone lagi la idea2 n tugas2 tu...huhuhu

sadis....sadis..... www.tips-fb.com
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Borang Pesanan / Order Form

Name:
Address / Alamat
Phone No. / No. Tel
Email Address:
Tempahan anda
Pilihan Bank Untuk Pembayaran MAYBANK
BANK RAKYAT
Cash On Delivery - COD
Kaedah Kiriman
Terma dan Syarat Ya, saya baca serta faham akan segala terma dan syarat yang telah ditetapkan.
**Untuk Terma dan Syarat klik SINI. Terima Kasih.

Click here to put a form like this on your site.

NetworkedBlogs