PENGUMUMAN - ANNOUNCEMENT !!!

Salam....

TO ALL DEAREST CUST N FWENS....

AKC terpaksa menangguhkan sebentar dari mengambil sebarang tempahan untuk custom-made kerana mahu menyelesaikan beberapa perkara. InsyaAllah jika AKC dah bersedia untuk mengambil tempahan akan AKC hebahkan.

SEBARANG PERTANYAAN BOLEH HUBUNGI AKC MELALUI E-MAIL :


tanya.akc@gmail.com


Awok's Kiter

Wednesday, September 19, 2012

PROMOTION FOR PLAIN FLANNEL

Salam...


Ada promosi untuk plain flannel.
Untuk harga serta pilihan warna boleh la view kat link di bawah :)

PROMOTION : Plain Flannel for SALE

Kalau suka, sila la klik LIKE yer... Terima kasih banyak2 :) www.tips-fb.com

Readymade craft dah masuk kedai

Salam....

Kat bawah ni semua readymade craft yang dah masuk kedai @AKC-SHOPPE... Tengah tunggu tuan-tuan baru mereka jer...
InsyaAllah... Semua berbaloi dengan harga yang ditawarkan... :)

* Sila klik link di bawah gambar untuk harga dan detail setiap barang.









Kalau ada sesiapa yang berminat boleh jer isi order form yer. TQ

Kalau suka, sila la klik LIKE yer... Terima kasih banyak2 :) www.tips-fb.com

Thursday, September 13, 2012

Felt : Handmade Wallet for Aidilfitri

Salam...


Update tempahan beg duit dari felt (felt wallet) untuk Raya Aidilfitri bebaru ni :)
Gigih mak buyong siapkan tempahan tak bertauliah ni tau... huhu
Alhamdulillah siap jugak.



Dua beg duit yang atas ni tempahan dari kawan adik di Dungun... Regular customer...
Yang MYRA tu sebelum ni dah pernah buat untuk dia [lihat SINI].
Tapi yang lama tu dah hilang kena curi, dan seorang bffnya tempah lagi untuk dihadiahkan pada dia...
So sweet kawan MYRA ni kan...
Akak pon nak jugakla kawan macam ni hehehe tapi ada ke yang sudi?


Yang atas ni pulak tempahan customer on9. Akhirnya sampai jugak turn dia... :)
Harap puas hati yer sis...


Bahagian dalam



Menggunakan magnet button instead of snap button. mudah keje mak buyong :)



Felt merah mak ngah ni request dari adik sendiri... Sebelum-sebelum ni tak pernah nak pakai beg duit.
Duit dia main selit-selit jer kat celah buku, dalam beg sandang dia...
Nak raya tahun ni buat permintaan khas pulak nak beg duit siap bagitau nak warna sekian-sekian....
Kakaknya turutkan je le... Tak per, adik yang ni duit banyak, bleh charge lebih hehehe



Bahagian dalamnya....



Ni pulak antara ekspress kad raya yang diletakkan dalam beg-beg duit kat atas.
*untuk pelanggan sahaja... adik xpayah kuikui...

Bersaiz kad biasa. Senang nak muat dalam ruang berframe :)

Kalau suka, sila la klik LIKE yer... Terima kasih banyak2 :) www.tips-fb.com

Wednesday, September 12, 2012

Faux Leather : Card Holder

Salam...


Saje-saje je buat untuk incik hubby yang request card holder untuk dia guna...

Card Holder lama?! Ada dalam simpanan isterinya ni hehehe
Sebab isterinya yang pakai buat letak bisnes kad dia jugak :)
Padahal hari tu buat dia yang tak nak pakai -.-"


Kalau suka, sila la klik LIKE yer... Terima kasih banyak2 :) www.tips-fb.com

Thursday, September 6, 2012

Coming Soon in Awok's Kiter Shoppe

Salam...


InsyaAllah saya akan update ASAP untuk masuk kedai :)


** JOM JOIN GA AKC!!! 
SILA KE ENTRI BERIKUTNYA UNTUK TERMA DAN SYARAT :)**

Kalau suka, sila la klik LIKE yer... Terima kasih banyak2 :) www.tips-fb.com

Tuesday, September 4, 2012

Special Giveaway : Sape nak bela saya???


Dah tutup dah yer :)
Salam...

Alhamdulillah... Terasa nak beri sesuatu je... 
Maka dengan ini Awok's Kiter Craft nak anjurkan Special Giveaway : Sape nak bela saya???

Giveaway berlansung dari 05.09.2012 - 12.09.2012
Terbuka kepada para bloggers dan Fbians....
Hadiah : 1 ekor Plush Kucing Berloceng bernilai RM 10.00

Syarat-syarat untuk para blogger (1 penyertaan) :
1. Follow  blog Awok's Kiter Craft
2. Buat 1 post ringkas mengenai giveaway ni.
    Mengandungi gambar berserta link ke blog AKC serta nyatakan rasa keterujaan anda untuk membela KUCING di atas.
3. Tinggalkan komen di Post ini berserta link post penyertaan anda.
4. Terhad 1 entri untuk seorang...

Syarat-syarat untuk para fbians (1 penyertaan) :
1. LIKE Awok's Kiter Craft Fan Page
2. Share gambar GA di wall anda.
3. Tinggalkan komen mengenai keterujaan anda untuk membela KUCING ini....
4. Terhad 1 komen untuk 1 profile.

Syarat-syarat tambahan :
1. Anda dibenarkan untuk join melalui blogger dan facebook (akan dikira 2 penyertaan).
2. Pemenang akan dipilih berdasarkan pemilihan rambang (random.org) dari shortlisted komen yang paling teruja... :)

So, pada sesapa yang teruja nak membela kucing ni, jom la join :) 

Ingat, bermula dari esok : 05.09.2012 - 12.09.2012 ya!

Kalau suka, sila la klik LIKE yer... Terima kasih banyak2 :)
www.tips-fb.com

Monday, September 3, 2012

Kraf bersama anak-anak

salam...

Sebelum raya bebaru ni sempatla luangkan masa dengan anak-anak dengan berkraf.... Diorang ni memang minat sangat kerja gunting-gunting dan tampal-tampal ni... Alhamdulillah diorang suka sangat... Nampaknya kena lebih banyak luangkan masa berkraf dengan diorang ni... Bagi kreatif lagi :)

Ni la buah hati pengarang jantung saya. Dah besar-besar pon diorang ni. Mulut pon pot-pet2 jer... Cerdik pon yer... InsyaAllah diorang akan dapat adik bulan 11 ni :)

Projek kraf kali ni dengan buat kad raya...
Buat untuk Atuk dengan Nenek di kampung...

Ni hasil dari abang... Adam Haiqal... :)


Eh, malu pulak dia...
Ni pulak hasil dari si kakak... Amni Hawani...

Entah apa-apa je yang dia tulis kat dalam tu. Yang Ibu faham dan nampak hanya garis-garis yg bengkang-bengkok jer. Tapi apa yang dia bagitahu....
'Ni nama nenek.... Ni nama Atuk.....'
huhuhu~ ape-ape aje la anak ibu.....

Dan masa balik kampung di rumah atuknya di Dungun, si abang sibuk suruh buatkan beg duit untuk dia. Biar pon beg duit dia dah ada ibu buatkan.... Terpaksala jugak si ibu buatkan untuk dia... Simple-simple sudah... Dah buatkan untuk abang, kena buatkan untuk kakak jugak....

Ni yang kakak punya... Senyum kambing pulak dia.... Dapat beg duit baru...


Ni abang punya... Ada Ben10...

Lepas pada ni tak tahu la permintaan apa lagi yang ibu kena tunaikan kan...
tak apa... Demi anak-anak.... :)
Asal diorang gembira :)

**Teringin nak bawa anak-anak ke LEGOLAND... Entah bila la baru sampai agaknya....

Kalau suka, sila la klik LIKE yer... Terima kasih banyak2 :)
www.tips-fb.com

Saturday, September 1, 2012

[NEW] Felt ID Card Holder

Salam...

Produk baru dari Awok's Kiter Craft....

ID Card Holder

Sebenarnya cuba-cuba buat jer untuk adik yang sedang ambil Asasi di UM.
Dia suka sangat dengan warna biru dan juga Donghae Oppa dari SUJU...
Sambil2 tu sempatla juga siapkan tempahan sampingan yang minta dibuatkan ID Card Holder ni juga...
Dah alang2 buat template untuk adik dan gunting2 felt untuk siapkannya terus buat untuk si Puteri aka Anggrik :)

Untuk Anggrik

Untuk kawan dia... ehem... ehem... kot kan :)

Terima kasih Anggrik dan terima kasih jugak la buat adikku Qila aka Fishy Lala sbb hari tu ada request nak kan...
Ni adik yang sorang lagi pulak request untuk dia. Kali ni adik laki..
Nak kena design ada kapal terbang dan lambang ManU...
Ye la kan... Bakal pilot katakan... Untuk awak K.long kena charge lebih la... hehe

Kalau suka, sila la klik LIKE yer... Terima kasih banyak2 :)
www.tips-fb.com

Felt Pendrive and Broadband Cover : Marvis

Salam...

Tempahan dari Marvis lagi... :)

Kali ni Marvis tempah Felt Pendrive dan Broadband Case
yang 3D pulak...

Casing ni saya buat ikut saiz pendrive dan juga broadband.
Warna dan hiasan request dari Marvis sendiri...

Felt Broadband Case

Felt Pendrive Case

Terima kasih banyak2 Marvis sebab sudi tempah lagi... :)

Tempahan Marvis sebelum ni ---> SINI
Kalau suka, sila la klik LIKE yer... Terima kasih banyak2 :)
www.tips-fb.com

SELAMAT HARI RAYA & 55 Tahun MERDEKA

Salam...

Rasanya masih sempat lagi saya nak ucapkan pada semua :


dan

Selamat menyambut

HARI KEMERDEKAAN
KE-55 !

**Semoga Malaysia terus aman dan dapat saya cari rezeki dengan tenang : )

Kalau suka, sila la klik LIKE yer... Terima kasih banyak2 :)
www.tips-fb.com
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Borang Pesanan / Order Form

Name:
Address / Alamat
Phone No. / No. Tel
Email Address:
Tempahan anda
Pilihan Bank Untuk Pembayaran MAYBANK
BANK RAKYAT
Cash On Delivery - COD
Kaedah Kiriman
Terma dan Syarat Ya, saya baca serta faham akan segala terma dan syarat yang telah ditetapkan.
**Untuk Terma dan Syarat klik SINI. Terima Kasih.

Click here to put a form like this on your site.

NetworkedBlogs