PENGUMUMAN - ANNOUNCEMENT !!!

Salam....

TO ALL DEAREST CUST N FWENS....

AKC terpaksa menangguhkan sebentar dari mengambil sebarang tempahan untuk custom-made kerana mahu menyelesaikan beberapa perkara. InsyaAllah jika AKC dah bersedia untuk mengambil tempahan akan AKC hebahkan.

SEBARANG PERTANYAAN BOLEH HUBUNGI AKC MELALUI E-MAIL :


tanya.akc@gmail.com


Awok's Kiter

Showing posts with label pencilCase. Show all posts
Showing posts with label pencilCase. Show all posts

Wednesday, December 21, 2011

PVC Zipper Pencilcase For Sale

Assalamualaikum...

Ni buat masa tengah rajin, tempahan banyak lagi tak siap tapi tangan ni gatal je nak buat benda lain....

Sebelum ni dah pernah buat pencilcase jenis macam ni... Boleh rujuk SINI.

Bezanya kali ni AKC just letak ball chain jer berbanding sebelum ni buat tali pegang atau wristlet.

Ball chain ni AKC ada jual juga... Harga baru dan lebih murah berbanding sebelum ni :)

Siapa-siapa yang berminat denan pencilcase dan juga ball chain tu, boleh jer jenguk

untuk detail dan harga yer :)

Sebarang pertanyaan, e-mail ke: ------- tanya.akc@gmail.com
www.tips-fb.com

Thursday, April 7, 2011

Order : Syahir ~ Pencil Case n Key Holder Pouch

Assalamualaikum...

Ni la hasilnya setelah berhempas pulas menyiapkan motor EX5 tu....
Sampai nak juling mata-mata AKC nak gunting dan cantum bahagian-bahagian motor tu...
Permintaan si adik iparku ~ SYAHIR...

Pencil Case dan Key Holder Pouch


Ni Key Holder atau Bahasa Melayunya,
Tempat simpan kunci.
Waahhh,macam banyak jer kunci kan?
-Kunci kerete
-Kunci Motor
-Kunci Kedai
-Kunci Ven

hehe....

Ni bahagian dalamnya.
Ada tempat letak kad...
2 tempat gantung kunci...


No Apakah? Jeng...Jeng...Jeng.....


Ni Pencil Case atau bahasa terengganunya
Bekah Kalang
:)

Sama jer macam yang sebelum ni.
Tengok SINI
Cuma yang ni besar sikit sebab nak muatkan kalkulator saintifik tu.
Kiranya boleh dianggap poket Doremon la...
Semua nak disumbat dalam tu... :)

Warna serta design adalah permintaan dia.
Warna tu sebenarnya warna syarikat Incik Suami.
Adik dia ni kira pembantu paling kanan dan kiri Incik Suami la...
Rajin budaknya...hehe
Dah selamat digunakan pon... TQ Syahir :)

Do contact me :
awoks.kiter@gmail.com
www.tips-fb.com

Tuesday, January 4, 2011

New Creation ~ 3D PencilCase

Assalamualaikum...

Alhamdulillah, ni hasil terbaru dari AKC...
Requested by my Sis-In-Law... Suhaili...
Request dah lama tapi sehari seblom buka skolah baru bleh buat.
Pastu mula la kalut jer nak menyiapkan...

Ni la hasilnya... Photoshoot depan Tv jer yer anak2...
Dah siap terus jer snap...
Ni pon anak2 dah meragam sbb nak susu la, nak tdo la...
Mana nak tidokan anak2 lagi nak menghantar lagi...
Adeh la...


Pandangan sisi...



Pandangan sisi lagi...ada tali nak mudah pegang...
Corak kat depan tu pon main tibai jer buat...
Cendawan pon xnampak mcm cendawan dah...hehe



Ha, model yang merengek2 nak susu...pastu bila nak amik gambar, malu2...
Haish....

PencilCase ni selamat sampai kat tuan dia malam tu jugak. kul12.30 pagi drive g hantar kat umah In-Law... Model kat atas tu yang teman. ~huhu takut jugak sebenarnya sbb kawasan ni sunyi pastu gelap plak tu. Tapi memberanikan diri jugak sebabnya tuan empunya rela xtido lg sbb tunggu dia punya pencilcase walhal esoknya hari pertama persekolahan....tambah2 umah In-Law dekat jer pon...xsampai 5minit drive...hehe...

Pencilcase ni ada lining. Tp lupe nak snap.
*susah jugak nak menjahitnya yer...


Do contact me :
awoks.kiter@gmail.com
www.tips-fb.com

Sunday, December 19, 2010

100th post + Charity Project with Pondok Craft.

Assalamualaikum...

Alhamdulillah, ini adalah posting AKC yang ke-100. Hajat di hati nak buat sedikit review mengenai AKC sepanjang hampir setahun ber'online' blogging. Tapi masa tidak mengizinkan lagi untuk saya berbuat demikian. Ada beberapa perkara yang perlu saya dahulukan lebih-lebih lagi saya perlu merangka pengisian yang ingin saya masukkan dalam review tersebut supaya apa yang hendak disampaikan , pembaca akan faham.
(* ada readers ker blog saya ni? hehe saya pasti and yakin ada.....InsyaAllah...)

Ok la...Saya gantikan dengan N3 mengenai Charity Project with Pondok Craft.

Sebenarnya Pondok Craft dah lama menganjurkan dan juga terlibat dengan program2 charity ni. Pada kali ni Pondok Craft dan juga Sanggar Suri telah bergabung dan mengajak kawan2 crafter terlibat sekali dalam projek ni.

Bersempena dengan pembukaan sesi sekolah yang akan tiba tak lama lagi, tema pada kali ni adalah

Charity Project : Back to School

So, crafter yang ingin turut serta hendakla menyediakan barang2 atau keperluan2 yang berkaitan dengan sekolah. Contohnya, bekas pensil, beg, book cover dan lain2. Tapi semestinya hasil kerjatangan crafter tersebut. Bukannyer dibeli dari mana2.

Oleh itu AKC juga mengambil peluang ini dengan menyediakan beberapa pencilCase.
(*ini jer yang termampu saya buat dengan masa yang terhad+kena siapkan beberapa tempahan)

Ni la hasilnya. Simple sahaja.


Dahan pokok....


Mr Dino


Ms Butterfly

Berharap sangat2 dapat buatkan lebih dari yang ni. Tapi apakan daya...
Berharap juga dapat sertai lagi pada masa akan datang. InsyaAllah....

Pondok Craft Site : VISIT HERE

Sanggar Suri Site : VISIT HERE

Do contact me :
awoks.kiter@gmail.com
www.tips-fb.com
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Borang Pesanan / Order Form

Name:
Address / Alamat
Phone No. / No. Tel
Email Address:
Tempahan anda
Pilihan Bank Untuk Pembayaran MAYBANK
BANK RAKYAT
Cash On Delivery - COD
Kaedah Kiriman
Terma dan Syarat Ya, saya baca serta faham akan segala terma dan syarat yang telah ditetapkan.
**Untuk Terma dan Syarat klik SINI. Terima Kasih.

Click here to put a form like this on your site.

NetworkedBlogs