PENGUMUMAN - ANNOUNCEMENT !!!

Salam....

TO ALL DEAREST CUST N FWENS....

AKC terpaksa menangguhkan sebentar dari mengambil sebarang tempahan untuk custom-made kerana mahu menyelesaikan beberapa perkara. InsyaAllah jika AKC dah bersedia untuk mengambil tempahan akan AKC hebahkan.

SEBARANG PERTANYAAN BOLEH HUBUNGI AKC MELALUI E-MAIL :


tanya.akc@gmail.com


Awok's Kiter

Thursday, March 31, 2011

TEMPAHAN DI BUKA !!!!!!!!!!

Assalamualaikum...

Alhamdulillah....
Setelah sekian lama AKC tak buka tempahan,
hari ni AKC buka untuk sebarang tempahan...
Kepada sesiapa yang berminat bolehla isi borang tempahan.
Tapi sebelum isi tu baca dulu terma dan syarat dia yer...

AKC akan tunggu tempahan dari korang2 yang berminat... TQ.

Do contact me :
awoks.kiter@gmail.com www.tips-fb.com

Friday, March 25, 2011

Borang Pesanan (Order Form)














































Name:




Address / Alamat




Phone No. / No. Tel




Email Address:




Tempahan anda




Pilihan Bank Untuk Pembayaran

MAYBANK

BANK RAKYAT

Cash On Delivery - COD



Kaedah Kiriman




Terma dan Syarat

Ya, saya baca serta faham akan segala terma dan syarat yang telah ditetapkan.





**Untuk Terma dan Syarat klik SINI. Terima Kasih.



Put a website form like this on your site.

www.tips-fb.com

TERMA DAN SYARAT

TERMA DAN SYARAT

1. PERTANYAAN

1.1 Sebarang pertanyaan bolehla menghubungi AKC di

2. TEMPAHAN

2.1 Sebarang tempahan hanyalah melalui Borang Pesanan (Order Form). Tempahan melalui e-mail, FB atau sms tidak akan di ambil kira.

2.2 Pihak AKC akan menghantar e-mel kepada anda menandakan AKC sudah menerima borang pesanan anda.

2.3 Nama anda akan disenaraikan di dalam 'Pre-order List'. 'Pre-Order List' ni adalah senarai nama mengikut turutan AKC menerima dan memproses borang pesanan anda. Jika ada di antara anda yang ingin membatalkan pesanan ketika ini, sila beritahu kepada AKC secepat yang mungkin.
*InsyaAllah AKC akan update setiap hari.

2.4 AKC akan confirm balik tempahan mengikut Q dalam 'Pre-Order List'. Jika tiada respon dalam masa 2 hari, Q yang seterusnya akan AKC confirm.

2.5 Tempahan yang sudah confirm akan AKC masukkan ke dalam 'Waiting List' dan dalam masa yang sama AKC akan bagi invois tempahan berserta nombor akaun AKC.


3. PEMBAYARAN

3.1 FYI, AKC akan mula menyiapkan tempahan setelah bayaran dibuat. Bayaran bergantung kepada jumlah nilai invois.

3.1.1 RM 1.00 - RM 50.00 : Bayaran Penuh (full payment).

3.
1.2 RM51.00 ke atas : Deposit 50% daripada nilai invois.


4. BUKTI PEMBAYARAN

4.1 Setiap pembayaran hendaklah disertakan bersama bukti pembayaran.

4.1.1 Pembayaran melalui On9 Transfer : Print screen resit dan hantar melalui e-mel.

4.1.2 Pembayaran melalui mesin Cash Deposit : scan / ambil gambar resit yang jelas dan hantar melalui e-mel.

4.2 AKC tidak akan bertanggungjawab di atas pembayaran tanpa bukti. Harap Maklum.

4.3 Sila ambil perhatian, sebarang pembatalan tempahan setelah pembayaran dibuat adalah dilarang sama sekali. Jika ianya berlaku, bayaran tidak akan dikembalikan.


5. JANGKAMASA PEMBUATAN/PENGHASILAN

5.1 Semua barangan AKC adalah buatan tangan (handmade) dan jahitan tangan sepenuhnya melainkan dinyatakan sebaliknya. Jangka waktu bagi menyiapkan sesetengah tempahan akan mengambil masa. Ini adalah kerana :

5.1.1 AKC hanya berkarya secara sambilan bukan sepenuh masa.

5.1.2 AKC memerlukan mood yang betul dan bagus bagi menyiapkan tempahan. :)


6. PENGIRIMAN

6.1 AKC hanya akan menggunakan khidmat POSLAJU melainkan diminta sebaliknya oleh anda.

6.2 Kos pengiriman ditanggung sepenuhnya oleh anda melainkan dinyatakan sebaliknya.

6.3 Kos pengiriman bergantung kepada berat bungkusan dan tempat tinggal anda. Tracking Number akan diberikan kepada anda sebagai rujukan.

6.4 AKC tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang kerosakan/kehilangan barang yang telah di pos semasa proses penghantaran. Sebarang tuntutan hendaklah dimajukan kepada pihak yang berkenaan.

6.5 AKC juga tidak akan bertanggungjawab di atas kesilapan anda semasa mengisi borang pesanan.

6.6 Setiap tempahan yang sudah selamat tiba perlu diberitahu kepada AKC secepat yang mungkin. (Jika tidak sampai dalam masa 4 hari, sila beritahu supaya AKC boleh ambil sebarang tindakan yang sepatutnya : hubungi pejabat pos misalnya )


7. HARGA

7.1 Harga yang tertera adalah tetap.

7.2 Harga-harga yang dipaparkan tidak termasuk kos penghantaran melainkan dinyatakan sebaliknya.

7.3 Harga bagi setiap barang bergantung kepada hiasan serta tahap kerumitan dalam proses pembuatan/penghasilan.


8. CENDERAHATI PERCUMA

8.1 Pembelian RM 50.00* ke atas berhak mendapat cenderahati percuma dari AKC.
* Tidak termasuk kos penghantaran.


9. LAIN_LAIN

9.1 Warna yang dipaparkan mungkin berbeza dengan original disebabkan oleh pencahayaan, persekitaran serta kondisi gambar.

9.2 Segala terma dan syarat ini akan berubah mengikut keadaan semasa tanpa sebarang notis.


10. BORANG PESANAN


SINI www.tips-fb.com

Sew n Cut First Giveaway !!!

Assalamualaikum...

Comel tak?
Mestilah comel kan...

Hah, apa ke benda ni?
Ni la amigurumi fruit pin cushion...
Hasil handmade owner Sew n Cut.

Sew n Cut sekarang sedang mengadakan giveaway blognya yang pertama...
Hadiahnya ialah 20 x fruity pin cushions...
Lumayan tu. Apa tidaknya, 20 orang yang bertuah dari pemilihan secara random akan bawa dapat pin cushion tersebut.

Nah, gambar lagi...
Takut2 ada yang tak puas tengok kan... Hehehe...

Kalau la AKC salah seorang yang bertuah tersebut, alangkah bestnya kan...
Yer la, pin cushion ni memang sesuai sangatla dengan orang2 macam AKC ni.
Senang nak cucuk2 jarum atau pin masa menjahit.
Bukan la nak kata yang selama ni AKC tak ada pin cushion,
ada je ni ha... Cuma lau dapat dari pencinta handmade lain ni rasanya lain macam tau.
Hehe tak reti la nak terang kan macam mana rasanya...
Tahap kepuasan tu lain jer... Hehe..
Selama ni duk tengok handmade kita je kan,
ni macam cuci mata n bangkitkan semangatla nak menjahit lagi... :)

Siapa2 yang nak sertai boleh aja klik kat SINI.

Tarikh tutupnya : 28hb Mac 2011



Do contact me :

awoks.kiter@gmail.com
www.tips-fb.com

Saturday, March 19, 2011

Pouch and Hair/Shawl Clip

Assalamualaikum...

Rabu lepas keluarga AKC dengan keluarga mak saudara ada datang.
Cuti sekolah dah nak habis jadi diorang saja datang jalan2.
Cadangnya nak pergi ke Pengkalan Kubur dan Kuala Besut.
Hari Khamis ke Pengkalan Kubur dan juga Tesco, KB.
Suka sangat. Dah lama tak luangkan masa jalan2 dengan ahli keluarga. Tambah2 dengan adik2.
Tak sangka cepatnya masa berlalu. Adik2 pon dah besar. Yang bongsu pon dah tingkatan 1.
Tapi bagi AKC diorang tetap adik2 kecik AKC...
:)


Ni hasil yang sempat AKC siapkan dalam kesibukan melayan tetamu
dan juga sesi berjalan-jalan.

Coin Pouch

Ni tempahan yang dah lama sangat-sangat.
Permintaan Mak Lang AKC untuk anaknya ~ NINA.
Biasa la, tempahan dari kaum kerabat ni lambat jer siap sampai kan kena bebel dulu baru nak buat. Hehe... Ni pon ada lagi yang tak terbuat... Kesian anak2 diorang, ada yang merajuk pon.
Bukan tak nak buat, tapi disebabkan AKC ni susah nak balik kampung... Biasanya, kalau nak balik kampung baru AKC siapkan. Senang bagi jer xpayah nak pos2...

Nina nak warna kuning dan juga jingga.
Ada tulis nama NINA.
Bunga dan ladybug tu idea AKC. Ala...macam design Tissue Cover yang lepas tu...
Nasib baik NINA suka sangat2... Mana taknya, siap tunggu dalam workroom AKC masa AKC duk siapkan dia punya ni...Hehe...


Shawl Clip

Ni hadiah birthday adik ~ Natasya Amirah yang ke-15.
HAPPY BIRTHDAY
(birthday nya 27 Feb yang lepas)
Nak beli hadiah mahal2 k.long dia ni xberapa nak kaya lagi hehehe
Tunggu kaya2 nanti k.long bagi tiket ke Korea jumpa 'JIHU'...
hehe
Moral of the story, doa banyak2 k.long mu cepat kaya... :)

Hurm, kenapa bagi hadiah shawl clip?
Sebabnya dia baru jer beli shawl. Nak cuba pakai shawl pulak katanya.
Siap dia tanya lagi susah ke nak buat shawl clip..
Nah amik, sekejap je siap. Tak sampai 1jam...
Tengokla, jahitan pon caca marba jer...
Hope you like it...

Hari ni jugak (20.3.2011)
birthday adik sorang lagi. Kakak kepada Natasya tu.

HAPPY BIRTDAY K.Cik @ Syafiqa Aisya yg ke-21...
Dia pon siap request birthday gift dia nak apa.
Hehe... Nak tahu?
Tunggu je la yer :)


Do contact me :

awoks.kiter@gmail.com
www.tips-fb.com

Thursday, March 17, 2011

UPDATE HARI TERBUKA KELAB ALPHA @ UniSZA

Assalamualaikum...

Align Center*Klik untuk lebih jelas*

N3 khas from Adib - SINI dan SINI.



Do contact me :

awoks.kiter@gmail.com
www.tips-fb.com

Wednesday, March 16, 2011

HARI TERBUKA KELAB ALPHA @ UniSZA

Assalamualaikum...


Comel-comel tak koleksi di atas?


2 ekor keychain dolphin.

Ni pulak Pendrive Case and Broadband Case (yang singa tu).


Ni bahagian belakang.

I LOVE UNISZA

Aik, kenapa I Love UniSZA?
Haa... Kepada kawan2 yang sedang belajar atau bekerja di
Universiti Sultan Zainal Abidin @ UniSZA
juga dikenali sebagai
Universiti Darul Iman Malaysia (UDM)

bolehla dapatkan koleksi terhad dari Awok's Kiter Craft ni nanti yer.
Ingat, ini adalah LIMITED EDITION.
Kenapa terhad?
Sebabnya design2 tersebut (kecuali dolphin) adalah free style cut.
Maksudnya, amik kain, pegang gunting dan gunting jer.
Tak ada tekap2 paten...
Kalau buat balik konfim takkan sama :)

Untuk pengetahuan korang semua, seorang crafter owner kepada blog
The Precious Marble - Adib
merupakan seorang pelajar di UniSZA.
Dia bersama2 bebudak kos dia bercadang untuk mengadakan
Hari Terbuka untuk memperkenalkan kos dia...

Bagi memeriahkan majlis,
dia nak buat jualan cenderahati bertemakan haiwan
(ini kerana diorang ni insyaAllah bakal saintis haiwan)
Sebab tu semua design haiwan...
Disebabkan diorang ni sibuk dengan kelas dan praktikal luar
penyediaan untuk barangan jualan tu terhad walaupun diorang dah buat beberapa marathon menjahit. AKC pulak dengan senang hati nak memeriahkan lagi majlis dengan menyertakan
handmade dari AKC sendiri.
Semua di atas adalah marathon dalam masa sehari.
Kalau ikutkan banyak lagi nak buat tapi di sebabkan kekangan waktu dan diri sendiri yang kepenatan, jadinya hanya itu je la hasilnya...

HARI TERBUKA KELAB ALPHA
KALI PERTAMA

ANJURAN : KELAB ALPHA
(Animal Production and Health)
Di bawah Fakulti Pertanian dan Bioteknologi.

HARI : JUMAAT - 18 MAC 2011

MASA : 10 pagi - 6 ptg

OBJEKTIF PENGANJURAN :
Memperkenalkan
KELAB ALPHA
dan juga
KURSUS PRODUKSI DAN KESIHATAN HAIWAN
(SAINS HAIWAN)
kepada warga UniSZA.

AKTIVITI YANG DIJALANKAN :
- Pameran anatomi haiwan, poster dan juga gambar2 aktiviti kelab.
- Game Explorace dan teka bilangan telur burung puyuh, dll.

Jangan lupa hadirkan diri anda ye :)

**Sumber dari Naib Presiden Kelab ALPHA
Adib from http://preciousmarble.blogspot.com/

Kat bawah pulak gambar jarak dekat setiap design

Singa - Lion


Ketam - Crab


Gajah - Eliphant


Kura2 - Turtle


All LIMITED EDITION

Do contact me :

awoks.kiter@gmail.com
www.tips-fb.com

Friday, March 11, 2011

Order : Najeihah Nazri ~ Book cover and Tissue Case

Assalamualaikum...


Alhamdulillah siap juga tempahan dari Ghah ni...
Dia tempah 2 'Book Cover' dan 3 'Tissue Case'
Seperti dalam gambar...
**maaf bookcover biru tu terpaksa diblurkan atas permintaan tuan empunya**


Ni rupa bahagian depan.
AKC guna printed felt ladybird yang beli dari Kedai Sus.


Ni rupa bahagian belakang...
Sebenarnya AKC buat design cantum2 ni bukan suka2 tau.
Ini disebabkan kain plain felt warna hitam tak ada stok besar.
Seme size kecik sikit dari keseluruhan 'book cover' tu.
That's why AKC gunting2 n kasi sambung2 dengan plain felt kaler merah nak match dengan imej ladybird tu...
Memang rumit sangat2, dua tiga kali terpaksa tetas jahit, tetas jahit, memang sampai tak ada mood nak menjahit. Terpaksa tunda, rehat2 dulu. Iyerla kan, kalau buat dalam keadaan stress mesti makin tak menjadi book cover tu.

Ada bookmark kat dalam...
Senang nak tanda...

Size book cover ni ~ buku latihan / notebook yang biasa kita pakai tu.
ni ukuran jurnal saya... Tebal dan bergelung..


Kat atas tu Tissue Case.
Sengaja saya letakkan keyholder supaya senang nak sangkut kat kunci ker...


Ni match dengan book cover kat atas tu...




Dah selamat sampai kat tuan dia di Kuala Terengganu.
Thanx Ghah... :)


InsyaAllah, item2 ni akan dimasukkan ke dalam katalog AKC.
Buat masa sekarang tempahan masih lagi di tutup...
AKC tengah buat perancangan dan juga sedikit kemaskini blog serta pengurusan.
Supaya bila buka tempahan nanti lebih teratur hendaknya...

Kalau ada sebarang pendapat / komen boleh jer drop komen kat sini atau e-mail AKC ok...

Do contact me :

awoks.kiter@gmail.com
www.tips-fb.com

Awok's Kiter Craft TR0103534-V

Assalamualaikum...


ALHAMDULILLAH....

Walaupun ini cerita sebulan yg lalu tapi saya tak berkesempatan nak berkongsi di sini...
Setelah setahun saya beroperasi tanpa sah di sisi undang-undang, sekarang saya sudah boleh menarik nafas lega setelah secara sah nya Awok's Kiter berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).

Perniagaan yang asalnya saya mulakan kerana minat saya dengan kraf , kemudian bertukar menjadi perniagaan sambilan di rumah. Almaklumla saya ni fulltime housewife. Alhamdulillah dah sampai ke tahap ni. Perniagaan yang berdaftar, dan saya sudah menjadi bussineswomen... Ni pertama kali salah satu cita2 saya tercapai ( dari sekolah rendah sampai universiti xtahu la berapa banyak cita2 saya tapi yang pastinya berniaga memang cita2 sepanjang masa ).

Sepanjang setahun yang lalu, banyak suka dan duka yang saya tempuhi... Dengan ragam customer, masa yang xberapa mengizinkan, kehadiran cahayamata yang baru, pemergian nenek tersayang, macam2 la... Tapi alhamdulillah, saya masih di sini...

InsyaAllah, selepas ini saya akan cuba buat yg lebih baik utk bisnes saya ni. Akan berusaha bersungguh2 untuk memuaskan hati perlanggan... Semoga selepas ini bisnes Awok's Kiter Craft akan bertambah maju dan diberkatiNYA...Amin...

Kawan2 yang ada sebarang cadangan atau komen untuk penambahbaikan management, kedai ni atau berkaitan ngan produk bolehla menghubungi saya di e-mail seperti di bawah yer...

Tunjuk ajar, minat dan setia anda bersama AKC amatla saya hargai. Hanya ALLAH SWT yang mampu membalasnya...


Do contact me :

awoks.kiter@gmail.com
www.tips-fb.com
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Borang Pesanan / Order Form

Name:
Address / Alamat
Phone No. / No. Tel
Email Address:
Tempahan anda
Pilihan Bank Untuk Pembayaran MAYBANK
BANK RAKYAT
Cash On Delivery - COD
Kaedah Kiriman
Terma dan Syarat Ya, saya baca serta faham akan segala terma dan syarat yang telah ditetapkan.
**Untuk Terma dan Syarat klik SINI. Terima Kasih.

Click here to put a form like this on your site.

NetworkedBlogs