Alhamdulillah akhirnya berjaya juga AKC buat tutorial di blog ni. Sebelum ni AKC pernah janji dalam n3 Luna Felt Flower nak buat tutorial... Sekarang baru berkesempatan nak buatkan... Di harap kawan2 mudah faham apa yg AKC tunjukkan kat bawah yer :)
1. Sediakan bahan2 yang diperlukan untuk buat bunga felt, iaitu :
a. Felt
[ seeloknya gunakan felt jenis lembut seperti arcrylic felt/wool felt sebab lagi cantik pembentukan kelopak bunga tu... tak nampak keras ]
b. Patern
[disediakan di bawah n3 ini]
c. Mushroom button
d. pin brooch/material lain [dlm gambar utk buat brooch]
e. gunting
f. glue gun
[ seeloknya gunakan felt jenis lembut seperti arcrylic felt/wool felt sebab lagi cantik pembentukan kelopak bunga tu... tak nampak keras ]
b. Patern
[disediakan di bawah n3 ini]
c. Mushroom button
d. pin brooch/material lain [dlm gambar utk buat brooch]
e. gunting
f. glue gun
2. Ambil patern kemudian tekapkan pada felt dan gunting. Sediakan 4 hingga 6 kelopak (bergantung kepada anda-dlm tutorial ni hanya sediakan 4 sahaja)
3. Letakkan sedikit gam di tengah2 kelopak.
4. Lipatkan kelopak tadi menjadi seperti yang tertera dalam gambar... 1 bahagian ada 3 lengkung, 1 bahagian lagi ada 2 lengkung. Ulang untuk setiap kelopak.
5. Gabungkan kelopak dengan menggunakan teknik tindihan bersilang.
6. Gam kan di tengah-tengah.
7. Pastikan bunga anda tercantum seperti di atas. (pandangan bahagian bawah)
8. Pusingkan bunga tadi (pandangan atas - bahagian 2 lengkung ke atas)
9. Letakkan sedikit gam dan lekatkan butang di tengah-tengah.
10. Akhir sekali lekatkan pin brooch di bahagian belakang bunga. Dah siap DIY brooch anda :)
Selain dari menggunakan pin brooch (1), anda juga boleh menggunakan material lain seperti Alligator Clip (2) dan snap clip (3). Manakala hiasan butang anda juga boleh mempelbagaikan jenis butang seperti dalam gambar ikut kreativiti anda.
Anak AKC a.k.a model tak berbayar bersama hair clipnya.... :) Comel tak?
Pada kawan-kawan yang masih tak ada patern untuk buat bunga ni jangan risau... Kat bawah ni ada AKC sediakan template bunga dalam 2 saiz untuk kawan2 mencuba...
Kalau kawan-kawan dah mencuba template ni jangan lupa link kan AKC yer. Nak tengok hasil dari kawan-kawan pulak... :)
SELAMAT MENCUBA !!!
Sebarang pertanyaan, e-mail ke: ------- tanya.akc@gmail.com
nk try! tenkiu3
ReplyDeletesila2 :)
Deletesis, na beli kain felt kt mana eh ?=,=
ReplyDeleteAkak ada jual tapi yg polyster jer. yg nak buat pouch atau keychain. kalau nak buat bunga2 ni xder... bleh refer kat AKC-Shoppe yer. :)
Delete